Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 16
PoorBest 

SAKIT DADA merbahaya!

E-mail Print PDF
Share

 

 

Soalan :

Assalamualaikum, Minta pendapat. saya pernah berasa sakit pada bahagian dada dan sakit itu merebak ke tangan kanan saya, sehingga tangan saya berasa lenguh dan sukar untuk menulis. Saya telah mendapatkan pemeriksaan doktor dan doktor menyatakan bahawa saya tiada masalah pada paru-paru atau jantung. 2 hari selepas itu, tangan kanan saya pulih seperti sediakala manakala tangan kiri saya pula mengalami lenguh-lenguh. Saya menjadi musykil lalu berjumpa doktor kedua dan doktor menyatakan bahawa tulang rusuk saya mengalami jangkitan. Saya ingin mengetahui apakah risiko dan bahayanya sakit dada ini yang selain jangkitan kuman?

Jawapan :


Assalamualaikum, saudari Ana (bukan nama sebenar). Moga saudari berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.

Mengadu sakit dada sering kali kita dengar  dalam kehidupan seharian dan sebenarnya merupakan symptom  yang paling kerap dilaporkan penyebab kebanjiran ramai orang di wad emergency. Walaubagaimanapun, TIDAK SEMUA sakit dada berkaitan dengan masalah jantung, namun, langkah PERTAMA adalah perlu untuk MEMASTIKAN ianya bukan disebabkan SERANGAN SAKIT JANTUNG yang boleh membawa MAUT.

 


 

Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan :

  1. Masalah Jantung
  • Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
  • Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
  • Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
  • Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
  • Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
  • Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
  • Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
  • Sakit pada mana-mana bahagian badan
  • Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
  • Kulit kebiru-biruan
  • Bengkak kaki

 

  1. Bukan masalah jantung

 

  • Masalah system pencernaan :

-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada

-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut

-Mempunyai masalah menelan makanan

-penghasilan air liur yang berlebihan

-rasa mual, pening, dan muntah

 

  • Masalah system pernafasan :

-sakit dada secara tiba-tiba

-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat

-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)

-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)

-denyutan jantung menjadi kencang

-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan

-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam

 

  • Masalah otot dan tulang :

-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan

-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam

-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)

-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada

 

  • Psikologi (tekanan diri)

-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul

-denyutan jantung menjadi kencang

-nafas menjadi pendek

-berpeluh berlebihan tanpa sebab

 

  • Kanser
  • Organ dalam badan pecah

-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang

-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)

Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?

BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA.

Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.

TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!

 

Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital

  1. Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat
  2. Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid.

 

Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan ataupun tidak

 

Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital?

Sila LAPORKAN kepada doctor:

  1. Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari hospital
  2. Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil.
  3. Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada bahagian dada
  4. Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga, peperiksaan, dan lain-lain

Sila BERTANYAKAN kepada doctor :

  1. Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya sakit dada?
  2. Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan?
  3. Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut?
  4. Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini?
  5. Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada masa akan datang?
  6. Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang ke rumah?
  7. Perlukah saya berjumpa doctor pakar?

 

Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat pemeriksaan di hospital

  1. ECG (paling basic dan perlu)
  2. Ujian darah

 

Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan  beberapa ujian lanjutan ;

  1. X-ray
  2. Ujian tekanan (stress test)
  3. CT scan
  4. MRI

Rawatan

Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya.

 

Cadangan penulis

Di sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci.

Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?

Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama. Wallahualam




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
-3 #17 raja huda 2012-05-15 04:57
saiam,saya mengidap penyakit ditelinga.telinga saya selalu gatal dan akan m'luarkan cecair putih a'bila digaru.hanya bhgn kiri sja dn ianya amat m'ganggu hidup sya.tolonglah mcm2 ubat tlh digunakn tp hnya baik sementara saja.tk
Quote
 
 
+1 #16 izzaini 2012-05-11 07:55
salam..sy mgalmi skt pd bhgn tgh dada,slps mndi pd pkl 3 pg taun lpas..sjak itu dada sy skt bile trk nfs dlm dn hmbus nfs dlm2..ia juge rse skt bile sy tkan dada ngn tgn..sy jge prnh xray dada pd bln 4 yg lalu sbb sy dmam sloma 2 mggu dan batuk yg berpnjgn..menurut doc dada sy tiada mslh..stlh sy baik dmam dan batok dada sy krg skt..tp sjk akhr2 ini sakit semula..so plz help me..dunno wat to do..
Quote
 
 
-1 #15 niena 2012-05-03 14:23
kadang2 dada saya sakit secar tiba-tiba dan hilang begitu shaja,, adakan sapa perlu membuah pemeriksaan di hospital,,
Quote
 
 
+2 #14 effa 2012-02-09 05:14
salam.. saya nak minta pendapat.. saya mengalami sakit dada yang datang secara tiba-tiba.. ia berlaku kadang-kala dan seingat saya ia telah mula menyerang saya sejak beberapa tahun dulu.. bila ia mula menyerang, rasa macam ditusuk. bila saya tarik nafas dalam-dalam, dada saya makin sakit.. selepas beberapa minit saya cuba tenangkan diri and cuba juga untuk tarik nafas, then sakit dada saya hilang sedikit demi sedikit.. dan ia xeffect mana anggota lain. saya xpernah berjumpa dengan doktor kerana saya fikir ia mungkin sakit dada biasa.. saya harap doktor boleh beri sedikit penjelasan. terima kasih.. :-)
Quote
 
 
+1 #13 alin 2012-01-06 16:50
dahulu saya mengalami penyakit jantung berlubang ASD dan saya telah menjalani pemedahan tersebut ketika berumur 4 tahun dan sekarang ini saya berumur 21 tahun.namun sejak benerapa tahun yang lalu saya sering mengalami sakit dada,sesak nafas dan cepat berasa letih.Apabila saya berjumpa dengan doktor,doktor tersebut hanya menberitahu saya perkara tersebut berlaku adalah disebabkan kerana saya kurang mendapat tidur yang cukup serta strees.dan doktor tersebut hanya memberikan saya vaitimin sahaja.Namun sejak kebelakangan ini saya kerap kali mengalami sesak nafas dan dada saya seolah-olah terasa menucuk-nucuk sehingga menganggu kontritasi saya untuk belajr.Soalan saya,adakah tanda -tanda tersebut merupakan kesan yang biasa? adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?adakah penyakit jantung berlubang ini boleh terjadi lagi?
Quote
 
 
+1 #12 Hana Qistina 2011-10-19 03:49
anak prempuan saya berumur 15 tahun mengadu sakit dada bila menelan makanan dan minuman dan tak sakit bila dada ditekan. Boleh Dr. tolong bagitau saya apa kemungkinan penyakitnya dan adakah itu antara simptom2 penyakit berbahaya?
Quote
 
 
+1 #11 amirul 2011-10-18 09:46
Asalamualaikum semua...sya prnh mengambil rawatn ecg,oxygen dlm drh,dan darh tinggi.Sya selalu mengalami sakit dada, dan akn merasa kebas pada tngn kanan n kri.sya akn rsa mencucuk di bhagian jantung.selps menjalani rawtn sya dikatakn mengihidap jangkitan kuman di tulang rusuk or tulng dada!apa itu penyakit jangkitan kuman di tulang rusuk or tulng dada???n doktr mengtkn sya mempunyai nadi yng lemah...buley bntu sya?
Quote
 
 
-3 #10 idah 2011-08-22 00:03
salam....sejak akhir2 nie.sy diserang sakit dada,terutama pada mlm hingga ke pagi...sy susah menelan makanan,atau minuman,seolah2 ada sesuatu yg menolaknya dr dlm badan...keadaan ini hidup sy menjadi tidak selesa...apakah sebabnya?adakah akibat angin dlm badan yg tersangkut?
Quote
 
 
+4 #9 widy 2011-05-23 01:57
sejak akhir2 ni saya selalu sakit dada...lebih2 lagi bila berbaring...rasa sakit dada yang menyebabkan saya sukar untuk bernafas dengan betul. saya selalu menyapu dada dengan minyak angin bagi melegakan..dulu rasa lega tp lama kelamaan tidak merasa apa2. persoalan di sini, bolehkan faktor selalu meniarap menyebabkan dada menjadi sakit? sehinggakan untuk tidur mengiring pun tidak boleh disebabkan sakit dada...minta tolong Dr jawabkan kerana dulu dada rasa sakit masa untuk tidur sahaja, tetapi kini ia kerap dirasakan sehingga menganggu tugas harian saya..
Quote
 
 
+1 #8 gilepurple 2011-05-04 08:56
saya kerap sakit kepala yang kuat yang memerlukan saya berehat dan bertenang beserta sakit kepala yang kadangkala membuatkan tangan menjadi mengigil apabila ingin memegang satu objek. bila pergi hospital doktor kata tak de apa masalah, dia cuma cakap banyakkan berehat, tak buat apa-apa pemeriksaan. saya jadi keliru kerana masalahnya benda ni semakin berlarutan. kadangkala penglihatan saya kabur dan lebih teruk lagi saya nampak gelap sahaja. Nafas saya pun pendek. sekarang saya berasa cepat letih walaupun dengan hanya berjalan.
apa yang patut saya buat eyh??
tq...
Quote
 
 
0 #7 aizat 2011-03-12 05:59
dada saya sering sakit pada waktu tertentu . . . cth nye tgah hari . . . bila saya rimas dan saya sakit . . . sakit nye bukan kepalang . . . mcm d tikam . . . tpi sakit dada ini lebih kepada pernafasan n kidney . . . bila sesak nafas je msti paru2 n kidney rasa sakit. . . . apakah konklusi bagi masalah ini?. . . .
Quote
 
 
+2 #6 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-03-05 07:15
Quoting zul:
tk cyberclinic. kali pertama saya mendapat maklumat yg begitu baik berkaitan subjek sakit dada ini. masalah sy bermula pada 2008. sy sakit dada yang mana seoleh-oleh sakit jangtung tetapi selepas membuat pemeriksaan di HSC medical center (buat ujian ecg, darah, scan, xray dan akhir sekali mscan). sy disahkan tiada masalah jantung. tetapi hingga sekarang dada sy masih sakit. kedudukanya setentang dengan puting tetek, dibawah rusuk. kadang-kadang kanan atau kedua-dua kiri dan kanan dan urat pelikat belakang syvkadang-kadang sakit. sering berlaku pada sebelah malam. tapi tiada masalah pada pernafasan. bila sakit sy akan membuat pemeriksaan tekanan darah. bacaan nye 138/88 60bit/minit. sy juga ada masalah gestrik.kadar kolestrol sy tinggi sedikit..lebih 2. sejak 2008 sy mula menjaga pemakanan sy. berat sy lebih 4kg.


I have no idea what is really going on....buat pemeriksaan doktor yang lain (second opinion) untuk exclude jantung dan paru-paru...sekiranya SEMUA PENYAKIT telah dikecualikan...anda mungkin mengalami masalah psikology....
Quote
 
 
+1 #5 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-03-05 07:00
husna...anda perlu menjalani pembedahan kerana jantung anda ada kecacatan yang boleh dirawat....sekiranya anda tidak membuat pembedahan, jantung anda akan mengalami kegagalan berfungsi selepas suatu tempoh, hal ini boleh mengundang maut sekiranya tidak bertindak sekarang....pembedahan jantung sama seperti any major operation...pembedahan amat teliti, insyaallah tiada kesan sampingan yang besar....yang penting nyawa dapat diselamatkan
Quote
 
 
0 #4 zul 2011-03-04 18:48
tk cyberclinic. kali pertama saya mendapat maklumat yg begitu baik berkaitan subjek sakit dada ini. masalah sy bermula pada 2008. sy sakit dada yang mana seoleh-oleh sakit jangtung tetapi selepas membuat pemeriksaan di HSC medical center (buat ujian ecg, darah, scan, xray dan akhir sekali mscan). sy disahkan tiada masalah jantung. tetapi hingga sekarang dada sy masih sakit. kedudukanya setentang dengan puting tetek, dibawah rusuk. kadang-kadang kanan atau kedua-dua kiri dan kanan dan urat pelikat belakang syvkadang-kadang sakit. sering berlaku pada sebelah malam. tapi tiada masalah pada pernafasan. bila sakit sy akan membuat pemeriksaan tekanan darah. bacaan nye 138/88 60bit/minit. sy juga ada masalah gestrik.kadar kolestrol sy tinggi sedikit..lebih 2. sejak 2008 sy mula menjaga pemakanan sy. berat sy lebih 4kg.
Quote
 
 
+1 #3 husna 2011-02-11 07:28
assalammualaikum...........
saya menghidap sakit jantung ketika umur sy 19 tahun...sy kerap sakit dada..masa mula2 sy wt checkup diSJMC lubg jntung sy 1.0mm tahun lepas sy cek dihospital serdang lubg jntung sy telah membesar kepada 2.6cm...doktor mengarahkn sy menjalani pembedahan buln 4 ni....sy nk tnye apakah risiko yang akn berlaku pada sy sekiranya sy x menjalani pembedahan.........??dan apakah risiko yg akan berlaku sekiranya sy melakukan pembedahan??
Quote
 
 
+2 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2010-12-22 19:08
wslm, sila pergi ke hospital dan buat ecg untuk exclude sakit jantung, sakit dada secara tiba-tiba (acute onset or sudden onset)bukan kerana jangkitan kuman. Sekiranya tiada masalah jantung baru, at least anda selamat dari musibah besar, baru fikir sakit2 lain yang boleh menyebabkan sakit dada
Quote
 
 
0 #1 aini 2010-12-22 19:01
assalamualaikum..
saya nak minta pendapat..
seminggu lepas saya ada berjumpa doktor kerana masalah sakit dada yang datang secara tiba-tiba (dtg, kemudian hilang semula. setelah itu doktor menyatakan bhw saya mendapat jangkitan kuman sbb perut kosong. 4 jenis ubat diberikan kepada saya. tetapi sehingga sekarang saya masih merasai sakit dada yg kadang2 dtg menyerang saya. saya ingin tahu apa yg harus saya lakukan selanjutnya?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1661]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9902]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3183]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3968]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6251]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[8060]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2831]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4508]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1477]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2802]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2590]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1844]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5358]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3607]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2807]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3304]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3143]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3285]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2919]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[7034]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[4048]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5325]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69654]
 Anda Sakit Tumit? hit[11842]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5551]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5345]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5276]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5621]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4955]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2522]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[2022]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[3052]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4452]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3812]
 Benjolan Ketika Period hit[3293]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4959]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7102]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13416]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4241]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4922]
 Wanita dan Menopause hit[5932]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3568]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4168]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2570]
 Payudara Gatal? hit[4894]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1962]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11539]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3596]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1933]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4261]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4224]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[3060]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13312]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3071]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2330]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7270]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15680]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4827]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2718]
 Sakit Batu Karang?? hit[2629]
 Rawatan Jerawat??? hit[3209]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4265]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2352]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2070]
 Peluh Berwarna Putih? hit[2037]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2050]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2561]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17655]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4393]
 Jeli Gamat hit[1984]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2435]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4558]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2380]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5563]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2453]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2803]
 Kerap Sakit Belakang hit[3250]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2738]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2404]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4829]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[3001]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[3040]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2825]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4083]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1973]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1902]

Online

We have 171 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget