Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 10
PoorBest 

Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp?

E-mail Print PDF
Share

 

 


Soalan

1. Saya mempunyai masalah kerap selesema terutamanya selepas bangun daripada tidur atau merasa tidak selesa dengan persekitaran. sekarang sudah genap seminggu dan selesema saya masih tidak hilang. bagaimana dan apakah cara yang terbaik untuk menghilangkan selesema saya memandangkan selesema saya sudah berpanjangan selama seminggu?

2. Adakah suatu perkara yang normal bernafas menggunakan sebelah lubang hidung sahaja? ini kerana saya terjumpa sesuatu di dalam hidung saya yang saya tidak pasti menyebabkan saya bernafas menggunakan sebelah hidung sahaja.

Jawapan

1.Anda bukan berhadapan dengan selsema biasa (flu @ influenza). Cecair yang mengalir adalah salah satu tanda yang terhasil daripada penyakit anda yang sebenar iaitu Nasal Polyp.

2.Hidung tersumbat yang menyebabkan bernafas menggunakan satu lubang hidung sahaja selalunya disebabkan ketumbuhan yang tidak berbahaya (bukan kanser)  yang dipanggil Nasal Polyp. Ia berasal daripada mucus membrane di dalam hidung ataupun sinus.


 


Sebab Kemunculan Polyp

Bagaimana ia berlaku tidak diketahui. Banyak kajian yang dilakukan mendapati nasal polyp (polyp dari hidung) disebabkan ALLERGIC (alahan pada sesuatu).

Yang kedua ia mungkin disebabkan penyakit yang dipanggil CYSTIC FIBROSIS tetapi penyakit ini jarang bagi populasi benua Asia.

Nasal Polyp ini tiada kaitan dengan colonic polyp(usus besar) or uterine polyp (rahim). Cuma perlu diingatkan sekiranya polyp ini disertai sakit dan pendarahan, pemeriksaan kecemasan diperlukan kerana ia mungkin ketumbuhan di dalam hidung sama ada kanser atau tidak.

Selain itu, ada banyak juga penyakit yang turut sama menyebabkan kemunculan nasal polyp seperti:

  1. Chronic rhinosinusitis
  1. Asthma
  1. Aspirin intolerance
  1. Cystic fibrosis
  1. Kartagener's syndrome
  1. Young's syndrome
  1. Churg-strauss syndrome
  1. Nasal mastocytosis
  1. Exposure to some forms of chromium can cause nasal polyps and associated diseases.

2 Jenis nasal polyp:

1.Antrochoanal

-satu polyp, sebelah hidung sahaja
-berasal daripada maxillary sinus (rujuk gambar di atas)
-majoriti dijumpai pada kanak-kanak

2.Ethmoidal

-di kedua-dua belah hidung
-majoriti terdapat pada orang dewasa

Simptom

Hidung tersumbat

Hidung berair (selalu dianggap selsema oleh pesakit, hakikatnya tidak)

Resdung (sinusitis)

Anosmia( deria bau tidak berfungsi)

Pening kepala

Berdengkur (apabila hidung tersumbat)

Sesak Nafas ketika tidur (Polyp ini boleh menyumbat salur pernafasan lantas menyebabkan kita terjaga daripada tidur. Tidur yang tidak berkualiti dan tidak cukup selalu menyebabkan kemalangan di jalan raya. Hal ini di dipanggil Obstructive Sleep Apnea Syndrome)

Sakit tekak (sekiranya air mengalir ke dalam salur pernafasan di tekak dan menyebabkan jangkitan)

Rawatan

Ubat titik Steroids

Ubat titik steroids adalah rawatan pertama yang diberikan untuk nasal polyp. Ubat ini mengandungi steroids yang mengurangkan radang yang berlaku di dalam hidung. Secara perlahan-lahan polyps akan mengecil. Ubat titik ini mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu untuk mengurangkan symptom yang berlaku maka digalakkan untuk menggunakannya sekurang-kurangnya 4 – 6 minggu. Contoh ubat ini adalah betamethasone(Betnesol @ Vistamethasone) or fluticasone (flixonase Nasule) yang diberikan kepada pesakit dengan preskripsi doctor.

Untuk menggunakan ubat titik ini, anda perlu melutut atau berdiri dan menundukkan kepala ke bawah seperti gambar yang disertakan. Tunggu 3-4 minit selepas meletakkkan ubat titik. Ini membantu ubat titik untuk menyusuri sepenuhnya salur hidung sehigga ke bahagian belakang.

Pil steroid

Selalunya berkesan untuk mengecilkan saiz polyp. Pengambilan hanya sementara sahaja kerana pengambilan untuk jangka masa yang lama akan mengakibatkan kesan sampingan yang bahaya. Pil steroid ini (prednisolone) boleh diambil bersama ubat titi steroid atau spray steroid.

Sehingga kini, pil steroid digunakan apabila symptom yang dialami agak teruk. Kajian perubatan menunjukkan pengambilan pil steroid untuk 2 minggu diikuti oleh ubat titik steroid  selama beberapa minggu memberikan keputusan terbaik berbanding penggunaan ubat titik steroid sahaja. Tempoh 2 minggu penggunaan pil steroid selalunya tidak memberikan apa-apa kesan sampingan yang berbahaya.

Pembedahan

Pembedahan digalakkan sekiranya polyp besar atau ubat titik steroid atau pil steroid yang digunakan sebelum ini tidak member apa-apa kesan yang memuaskan.

Antara Pilihan:

1.Polypectomy:

Pembedahan membuang polyps. Ia boleh dilakukan menggunakan ubat bius secara separa(sedar @ local anesthesia)atau penuh (tidak sedar @general anesthesia). Jenis ubat bius yang digunakan bergantung kepada bilangan  dan saiz polyp, di samping kesihatan keseluruhan pesakit.

2.Endoscopic sinus surgery

Pembedahan ini dilakukan menggunakan ubat bius penuh (tidak sedar @ general anaesthesia). Ia akan dilakukan sekiranya banyak polyp atau saiz polyp itu cukup besar dan menutup lubang hidung sepenuhnya. Doktor bedah akan menggunakan peralatan khas yang dilengkapi kamera untuk melihat dan membuang polyps.

Polyps boleh dibuang secara pembedahan , seperti yang dinyatakan di atas tetapi selalunya ia akan berulang kembali. Spray steroid boleh digunakan selalu untuk mengelak polyps daripada wujud kembali.

Kesan sampingan ubat titik steroid @ spray steroid

Gatal hidung, sakit tekak atau hidung berdarah. 1 dalam 10 orang yang menggunakan ubat-ubat ini akan mengalami kesan sampingan ini.

Beberapa kesan sampingan berlaku akibat cara penggunaan yang salah. Amat penting untuk mengikut arahan penggunaan ubat ini.

Pesakit glaucoma perlu sedar tentang kesan ubat ini kepada penyakit mereka. Penggunaan steroid akan meninggikan tekanan di dalam mata (intraocular pressure). Sila rujuk doctor anda sebelum menggunakan ubat ini.




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
+2 #3 Hajar 2012-05-17 03:02
salam, anak sy berumur 3thn selalu mengalami hidung tersumbat,,apakah cara terbaik utk mengatasinya n apakah punca nya.
Quote
 
 
-3 #2 eva 2011-12-19 15:57
4 thn yg lalu semasa mengandung 5 bln anak sulung saya mengalami pendarahan hidung sehingga berminggu2.doktor mengesahkan saya menghidap polyp disarankan melakukan pembedahan setahun selepas bersalin.ketika 1 thn selepas bersalin saya merancang kehamilan dgn memakan pil.perkara itu menyebabkan saya akan mengalami pendarahan hidung yg serius apabila penat dan stress. oleh kerana sibuk dgn urusan kerja dan kluarga saya masi tidaj mendapatkan rawatan seperti yg disarankan oleh doktor. Baru2 ini saya selesema selama 3 minggu dan mengalami hidung tersumbat,sehingga menyebabkan pening dan kesakitan terasa didahi. kadangkala apabila terbangun tengahmalam saya dapati mulut penuh dgn darah yg tidak diketahui dari mana puncanya.
Quote
 
 
-2 #1 Chip n Dales 2011-09-22 05:10
Salam,
Bagaimana pula jika bahagian dalam hidung dan tekak yang dipenuhi lendir pekat? Resdung kn? Boleh dirawat dengan pengambilan ubat resdung yang dijual di pasaran kan?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1637]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9879]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3155]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3936]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6210]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[8019]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2807]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4481]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1466]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2778]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2577]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1831]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5335]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3587]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2789]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3286]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3116]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3267]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2891]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[7007]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[4037]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5288]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69589]
 Anda Sakit Tumit? hit[11812]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5520]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5317]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5261]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5601]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4938]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2508]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[2006]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[3035]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4420]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3787]
 Benjolan Ketika Period hit[3279]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4936]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7083]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13390]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4215]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4894]
 Wanita dan Menopause hit[5919]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3550]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4144]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2554]
 Payudara Gatal? hit[4867]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1951]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11498]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3570]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1922]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4239]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4207]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[3036]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13296]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3053]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2316]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7250]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15647]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4794]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2706]
 Sakit Batu Karang?? hit[2618]
 Rawatan Jerawat??? hit[3199]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4247]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2342]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2060]
 Peluh Berwarna Putih? hit[2024]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2040]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2533]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17569]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4377]
 Jeli Gamat hit[1975]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2428]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4539]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2364]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5542]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2437]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2785]
 Kerap Sakit Belakang hit[3231]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2726]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2381]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4811]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2988]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[3027]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2809]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4067]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1963]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1894]

Online

We have 112 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget