Soalan :
salam , kak ani (bukan nama sebenar) baru berkahwin, tapi belum bersedia untuk dapat anak, boleh terangkan tak ubat ke apa2 perancang yang akak boleh ambil selain suami akak pakai kondom? Komplikasi sekali taw.
Jawapan :
Assalamualaikum,
Buat pertamanya, saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada puan dan suami.Bagus kerana puan mengambil inisiatif merancang keluarga sejak awal gerbang perkahwinan lagi.
Sebelum itu, saya akan menerangkan sedikit sebanyak metod- metod pencegahan kehamilan yang wujud hari ini. Pencegahan kehamilan haruslah dilakukan oleh si suami dan si isteri secara serentak , untuk mendapatkan keputusan pencegahan yang optimum.
Untuk keduanya, terdapat 6 cara yang boleh dipilih mengikut kesesuaian puan dan encik. Antaranya adalah pencegahan secara fisiologi (sistem kalendar), mekanikal (memakai alat seperti kondom) , bahan kimia (krim sapuan), hormon ( Estrogen saja atau kombinasi Estrogen dan Progesterone), surgeri (mengikat tiub fallopian bagi perempuan dan membuang buah zakar bagi lelaki), memakai alat pencegah kehamilan dalam rahim (Intrauterine Contraceptive Device).
Berkenaan soalan puan, pasangan yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak DISARANKAN untuk menggunakan hormone iaitu PIL PENCEGAH KEHAMILAN mengkut jadual atau secara FISIOLOGI dan MEKANIKAL pada waktu kesuburan puan
PIL PENCEGAH KEHAMILAN (Oral Contraceptive Pills)
Kontraindikasi ( keadaan yang tidak membolehkan pengambilan pil)
Sebelum mengambil sebarang pil pencegah kehamilan (atau apa-apa ubat), puan perlu memastikan diri puan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan (seperti di bawah), yang menghalang puan daripada mengambil pil itu. Sila dapatkan nasihat pengamal perubatan jika puan atau ahli keluarga puan mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti di bawah:
-sakit jantung
-sakit kencing manis
-tekanan darah tinggi
-kandungan kolesterol dalam darah tinggi
-sakit hati, hempedu
-sakit buah pinggang
-kanser payudara
-kanser rahim
-pendarahan dari lubang vagina ( selain darah haid)
-pendarahan pada mana-mana bukaan/lubang pada tubuh badan
-sakit sistem pencernaan
-sakit pada sistem immune badan
Sekali lagi diingatkan, sila pastikan status kesihatan puan sebelum mengambil pil.
Cara Pengambilan Pil
Jika puan berada di Mesir, disarankan untuk mengambil pil bernama Yasmine , Marvelon, Gynera
Adakah puan pertama kali mengambil pil?
Jika ya, puan dinasihatkan mengikut langkah-langkah di bawah :
JANGAN mengambil pil bukan pada hari pertama keluar darah haid . Sila pastikan kitaran haid puan dan tunggu hari pertama haid untuk bulan seterusnya.
Puan bolehlah menggunakan kaedah pencegahan lain (akan diterangkan di bawah) buat sementara waktu dalam tempoh menunggu kitaran haid yang seterusnya.
1. Mula mengambil pil pada hari pertama pendarahan haid puan, yang dikira hari pertama kitaran haid puan.
2. Ambil pil selama 21 hari secara berterusan dan berhenti selama 7 hari.
3. Untuk pengambilan pil selama 21 hari itu, disarankan diambil pada waktu yang sama setiap hari untuk mendapatkan kesan yang optimum ( contoh, jika puan mengambil pil pada jam 8 pagi sebelum sarapan, dinasihatkan puan mengambil pil pada jam 8 pagi untuk hari-hari seterusnya)
4. Pada hari ke-28, berhenti ambil pil selama 7 hari. Darah haid KEBIASAANNYA akan keluar selepas 2-3 pengambilan pil diberhentikan.
5. Selepas genap 7 hari tanpa pengambilan pil (samada puan mengalami pendarahan haid atau tidak), puan hendaklah mengambil pil untuk kitaran yang seterusnya selama 21 hari dan berhenti untuk 7 hari seperti yang disarankan.
Peringatan tambahan
1. Jika muntah atau cirit-birit semasa mengambil pil, dinasihatkan untuk mengambil sebiji lagi pil sebagai ganti
2. Pendarahan luar waktu haid mungkin berlaku samada sedikit atau banyak. Dinasihatkan untuk terus mengambil pil seperti biasa. Sila berjumpa doctor jika keadaan semakin merosot
3. Jika darah haid tidak keluar dalam ketika tidak mengambil pil itu selama 7 hari (kebiasaanya darah haid akan keluar selepas 2-3 hari berhenti ambil pil), puan disarankan untuk meneruskan pengambilan pil mengikut jadual untuk kitaran yang seterusnya. Namun, jika puan tidak datang haid dalam masa 2 kitaran berturut-turut, sila berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Kemungkinan puan mengandung atau mempunyai masalah kesihatan yang lain
Terlupa mengambil pil?
Jika puan terlupa mengambil pil (mengikut bilangan), sila ikut langkah-langkah di bawah
1. Terlupa 1 pil
Puan hendaklah TERUS mengambil 1 pil itu pada bila-bila masa puan teringat . Pil untuk waktu yang seterusnya hendaklah diambil pada jam yang kebiasaannya puan ambil
2. Terlupa 2 pil
Puan hendaklah TERUS mengambil 2 pil itu pada bila-bila masa puan teringat. Pil untuk waktu yang seterusnya hendaklah diambil sebanyak 2 biji pada jam yang kebiasaannya puan ambil (untuk menggantikan kesan hormone pada pil yang tertinggal). Untuk meningkatkan keberjayaan pencegahan, dinasihatkan puan dan suami mengambil bersama kaedah pencegahan lain seperti memakai kondom atau sebagainya
3. Jika terlupa mengambil pil dalam jumlah yang lebih dari 2 pil, sila berjumpa mana-mana pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat. Tidak dinasihatkan untuk mengambil pil sebanyak jumlah yang terlupa untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kesan sampingan pil
Pengambilan pil ini mengundang beberapa kesan sampingan yang tidak menjejaskan kehidupan harian dan berbeza dari setiap individu dengan individu lain. Pengambilan hormone mungkin menjejaskan beberapa system dalam badan. Dinasihatkan untuk berhenti mengambil pil dan berjumpa doctor sekiranya puan mengalami simtom-simtom di bawah :
1. Perubahan kesihatan yang mengganggu kehidupan harian
2. Ketulan atau bonjolan di payudara
3. Jika ingin mengambil ubat lain di samping pil cegah hamil (contoh : antibiotic)
4. Pendarahan melalu salur vagina di luar kitaran haid
5. Batuk yang berterusan tanpa sebab yang nyata
6. Kesukaran bernafas
7. Sakit kepala @ pening luar dari kebiasaan
8. Bengkak kaki
9. Lenguh dan lemah tubuh badan luar dari kebiasaan
-Diingatkan sekali lagi untuk terus berjumpa doctor jika menghadapi sebarang masalah kesihatan selepas pengamblan pil ini.
-Tambahan, pil ini juga boleh diambil secara suntikan atau ditanam di bawah kulit, namun, tdak berapa dipraktikkan di Mesir
-Alat cegah hamil dalam rahim (Intrauterine Contraceptive Device) tidak disarankan untuk mereka yang baru berkahwin dan tidak mempunyai anak lagi. Namun, di Mesir, ia dipraktikkan secara meluas.
FISIOLOGI
1. Mengikut calendar
Puan hendaklah mengetahui secara jitu kitaran haid puan. Ovulasi (pengeluaran telur untuk disenyawakan sperma) berlaku pada hari ke 12-14 kitaran haid (waktu subur). Puan dan suami disarankan untuk mengadakan hubungan kelamin pada waktu bukan masa kesuburan puan, iaitu, elakkan hubungan kelamin 2 hari sebelum dan 2 hari selepas waktu kesuburan puan.
2. Azal
Mengeluarkan alat sulit lelaki/zakar dari faraj si isteri sebelum waktu ejakulasi
MEKANIKAL
1. Kondom untuk lelaki
Tiada kontraindikasi atau kesan sampingan
2. Kondom untuk perempuan (vaginal pouch)
3. Diafragma pada vagina ( vaginal diaphragm)
Dimasukkan ke dalam vagina sebelum hubungan kelamin dan dikeluarkan selepas 8 jam hubungan kelamin berakhir. Alat ini perlu dipakai diklinik dan susah untuk dipraktikkan
Secara konklusinya, saya menyarankan puan mengambil pil pencegah kehamilan di samping suami puan menggunakan kaedah kondom. Gabungan penggunaan kaedah pencegahan kehamilan dalam satu-satu masa lebih menjanjkan keberkesanan yang optimum.
Diharapkan penjelasan saya dapat membantu puan dan suami sedikit sebanyak. Wallahualam
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
i'm messing around with my bf...but we don't really have sex. however, i did touch his semen and i'm wearing panties with pantyliner on that time.i quickly washed my hand with soap..then, i went back home , and it was about 20-30 min (starting from the time i touched his semen, washed my hands..etc), i took a bath. i did touch my [censored]. now...i'm confused whether i can get pregnant.... i really dont know what to do, so confuse whether i can get pregnant just like that. if his semen do hit on my [censored], (just in case, even tough i wore panties+pantyliner at that time ) even tough we dont really have sex,can i get pregnant????
2.missing pill has so many various guidelines..kenapa variasi wujud? sebab banyak pill wujud dan ada yg low dose, ada yang high dose, ada yang makan sebiji sehari, ada yang 2 biji sehari, untuk mengelakkan kekeliruan, dalam setiap jenis ubat yang diambil, ada specific gudeline untuk ubat tersebut. Wajib dibaca. Guideline di atas untuk ubat Yasmine, Marvelone, and genera
1) regarding the contraindication for the pills. is it for both POP or COCP?. because POP is quite save and being use in pt contraindicated for COCP, let say CVS poblem.
2) can u enlighten me more on the missing pills. i'm not really familiar with the missing pills according to number like one, two or three.. in our setting, we use it as missing pills less than 12 hours or more than 12 hours for COCP and less than or more than 3 hours for POP.
thank you so much
RSS feed for comments to this post