Soalan
Saya mempunyai seorang sahabat yang mengalami masalah istihdah di mana darah masih keluar walaupun bukan dalam tempoh haid. Kitaran haidnya adalah 15hari haid dan 15hari suci,namun kebanyakan waktu yg sepatutya bersih tersebut diselangi juga dengan keluar darah.. Biasanya darah akan keluar apabila dia mengalami stress. ape yang pelik,bila dia rasa je stress,pasti akan ada darah yg keluar..keadaan ni dah berlaku dalam 3,4 tahun kebelakangan ni,tapi yang teruknya bermula tahun lepas. apakah sebab dan mgkin ujian@rawatan yang boleh dijalani?syukran.
Jawapan
Terima kasih atas soalan. Keluar darah dari kemaluan bukan pada waktunya boleh jadi perkara yang amat menakutkan bagi seorang wanita. Malah ia mungkin menjadi punca stress lebih-lebih lagi jika penyakit ini berpanjangan.
Bagaimanakah kitaran haid yang normal?
Kitaran berlaku purata 28 hari, walaupun sedemikian rupa, sekiranya kitaran anda antara 21 hingga 35 hari juga dikira normal.
Selalunya darah period mengalir selama beberapa hari iaitu 5 +/- 2 hari (3 ke 7 hari). Jika anda period selama 3 hari anda normal, sekiranya anda period tujuh hari pun anda dikira normal. Orang yang mempunyai kitaran haid yang panjang katakan kitarannya 2 bulan, maka selalunya tempoh darah haid mengalir juga lebih panjang daripada orang lain.
Apakah sebab darah boleh mengalir di luar waktu haid?
Banyak factor yang menyumbang kepada berlakunya pendarahan di luar waktu haid. Antara sebab-sebab yang selalu terjadi:
1.Mengandung
2. Gugur kandungan
3.Kadar hormon yang tidak stabil dalam badan
4.memulakan atau memberhentikan penggunaan pil/suntikan perancang keluarga
5.hypothyroid
6.stress
7.Intra Uterine Device (IUD)
8.Kecederaan pada vagina (waktu seks atau kecederaan oleh objek lain)
9.Kanser malignant
10.jangkitan pada vagina
11.baru sahaja selesai melalukan apa prosedur sakit puan
12.Sedang subur (ovulation)- normal
13.dysfunctional uterine bleeding
14. Kandungan darah yang abnormal
Apakah yang perlu anda lakukan?
Sekiranya anda kerap mengalami pendarahan di luar waktu period, anda sepatutnya berjumpa dengan doctor anda untuk pemeriksaan,
Darah perlu diambil. Antara ujian darah yang dilakukan adalah seperti Full blood count(fbc), pt/apt/inr, thyoid function test (tft)
Ultrasound pelvic atau abdomen akan dibuat sekiranya perlu
Apakah yang perlu dilakukan dirumah sementara menunggu saat ke klinik?
1.Baring dan berehat sekiranya pendarahan berlaku dalam jumlah yang banyak.
2.elakkan daripada mengambil aspirin/panadol, kadangkala ubat ini menambah jumlah pendarahan
3.Rekod jumlah pad yang digunakan. Doktor anda perlu mengetahui maklumat ini untuk menganggarkan jumlah pendarahan sebenar.
Rawatan:
Rawatan sebenar bergantung kepada sebab berlakunya pendarahan tersebut. Setiap sebab memerlukan rawatan yang berbeza.
| Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid