Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 10
PoorBest 

Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos??

E-mail Print PDF
Share

 

 

Soalan

Selama ini ana ingin sangat tahu kaitan mandi malam dan paru2 berair...ye..banyak doc kata tak ada kaitan...semua itu infection belaka...tak pernahpuas hati dengan jawapan tuh..ada kajian yang menyatakan ada...disebabkan kondensasi di dalam alveoli...betul ke?? petua org tua mungkin ada betulnya...

Mukmin

Jawapan

Waalaikumussalam.Terima kasih kepada saudara Mukmin. Ya.Ramai antara masyarakat kita percaya bahawa jika seseorang itu kerap mandi malam, dikhuatiri akan dijangkiti paru-paru berair. Sebenarnya, itu tidak benar sama sekali! Mandi malam bukan penyebab utama masalah paru-paru berair.Proses kondensasi yang disebutkan saudara tidak berlaku sama sekali di dalam badan manusia kerana terdapat system imuniti badan yang mampu mengatasi masalah ini.

 Bagaimana system imuniti badan bertindak?

Apabila bendasing (seperti bakteria,kuman dan lain-lain) masuk ke dalam badan, sistem imuniti tubuh akan segera bertindak mengawal bendasing ini daripada terus merebak ke seluruh badan dengan melalui proses inflamasi di mana salur darah di sekitar alveoli peparu akan mengembang,menyebabkan cecair dalam salur darah  akan keluar dan masuk ke dalam alveoli peparu . Proses ini berlaku secara berterusan jika tidak dirawat dengan segera . Akibatnya, peparu dipenuhi dengan cecair yang disebut sebagai exudate dan bukannya dipenuhi dengan air seperti dibayangkan oleh kebanyakan orang! Keadaan ini disebut sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’ atau lebih tepat didefinasikan sebagai pneumonia . Dan apabila cecair exudate keluar dan memenuhi ruang pleura,ianya disebut sebagai ‘pleural effusion’ ataupun paru-paru berair.

 

Apa itu exudate?              

Exudate merupakan cecair yang kaya dengan elemen seperti protein dan sel-sel dari salur darah, yang keluar ke bahagian luar salur darah (dalam ke sini, dibahagian alveoli) akibat proses inflamasi. Akibatnya, elemen ini akan terkumpul di dalam alveoli dan lama kelamaan akan menyebabkan jangkitan pada peparu, dikenali sebagai PNEUMONIA.

Apa kaitan antara pneumonia dan paru-paru berair?

Pneumonia bermaksud inflamasi peparu disebabkan oleh bakteria iaitu   alveoli terisi nanah supaya udara diasingkan dan peparu menjadi pejal(consolidation)( 1 )

Patologi atau proses berlakunya pneumonia ini telah diterangkan dengan lanjut sebelum ini . Paru-paru berair atau efusi pleura ( pleural effusion) merupakan salah satu komplikasi pneumonia . Ini disebabkan nanah/exudate dari peparu keluar ke ruang pleura (selaput yang melekat pada peparu dan dinding dada),dan cecair tadi memenuhi ruang tersebut .

Apa itu paru-paru berair/ pleural effusion?

Paru-paru berair terjadi apabila banyaknya cecair berkumpul di kawasan pleura ; selaput nipis yang melitupi kawasan peparu dan ruang dada (chest cavity).Pleura berfungsi sebagai lubrication dan memudahkan proses pernafasan . Sebenarnya,dalam keadaan normal ,terdapat sedikit sahaja cecair di dalam kawasan pleura untuk melancarkan(lubricate) proses pernafasan.

Terdapat kekeliruan sebenarnya dalam mendifinasikan paru-paru berair. Ada yang mengatakan paru-peru berair lebih sesuai dipanggil pneumonia dan ada yang mengatakan ianya sesuai dipanggil sebagai pleural effusion.  Hasil perbincangan dengan panel yang lain,juga dengan doktor-doktor di Malaysia,juga kajian berterusan melalui sumber website yang dipercayai,maka paru-paru berair lebih sesuai dikenali sebagai pleural effusion. Pneumonia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘jangkitan kuman pada peparu’.

Cuba rujuk definisi pleural effusion yang sebenar.

Pleural effusion occurs when too much fluid collects in the pleural space (the space between the two layers of the pleura). It is commonly known as "water on the lungs."

Terdapat dua jenis cecair yang berkumpul di ruang pleura,dikenali sebagai transudate dan exudate

Lihat perbezaan di bawah.

Transudate

Exudate

Berwarna lebih jernih dan cair

Mempunyai kandungan protein yang tinggi,cecair yang pekat,mempunyai spesifik gravity yang tinggi

Punca –punca terjadinya ‘transudate’ pleural effusion:

  • kegagalan jantung
  • Pulmonary embolism
  • Post open heart surgery

Punca-punca ‘exudative’ pleural effusion:

  • Pneumonia
  • Kanser
  • Pulmonary embolism
  • sakit buah pinggang
  • penyakit inflamasi

Apakah symptom yang dapat dilihat pada pesakit yang mengalami pleural effusion?

-          SESAK NAFAS- disebabkan ruang pleura dipenuhi dengan cecair,pesakit akan mengalami sesak nafas

-          Sakit dada(disebabkan pleuritic pain)

-          Batuk tanpa kahak

-          Tanpa sebarang symptom- biasanya berlaku pada pesakit TB, pesakit yang baru menjalani pembedahan pada bahagian abdomen dan pesakit yang mengalami kanser.

Bagaimana cara merawat pleural effusion?

Rawatan utama untuk efusi pleura ialah merawat punca utama penyebab penyakit ini berlaku,seperti merawat pneumonia dengan antibiotic, merawat kegagalan jantung dengan rawatan tertentu dan sebagainya. Tetapi,jika punca utama penyebab penyakit ini tidak dapat dikenalpasti,maka doktor biasanya akan melakukan prosedur dinamakan ‘thoracentesis’ iaitu mengeluarkan cecair dalam pleura(fluid drainage)

 Kesimpulan

Setakat ini ,tiada lagi kajian yang mampu membuktikan bahawa mandi pada waktu malam boleh menyebabkan pneumonia dan pelbagai jenis penyakit yang lain. Sebaliknya, mandi malam boleh merawat insomnia dan melegakan tekanan . Tidak hairanlah di Jepun misalnya, mereka mengamalkan mandi pada waktu malam sebelum tidur sebagai langkah mengelakkan stress setelah seharian berpenat lelah menjalankan aktviti di tempat kerja dan sebagainya.

 

Rujukan

Kumar and Clark Clinical Medicine,7th edition

http://www.chkd.org/HealthLibrary/Facts/Content.aspx?pageid=0152

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/pneumonia.html

http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/09/asma-paru-paru-berair-dan-kanser-paru.html

http://my.clevelandclinic.org/disorders/pleural_effusion/ts_overview.aspx

http://medical-dictionary.thefreedictionary.com/pleural+effusion

Kamus Kejururawatan,terbitan Fajar Bakti- pneumonia-m/s 434 (1)

 

 

 




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
0 #2 yan 2012-01-20 13:04
jika org itu sudah tua berumur 60 tahun dan terpaksa mengambil pembedahan untuk paru-paru berair ini, apakah risikonya?
Quote
 
 
+2 #1 Bahirah nabilaj 2011-10-11 02:30
Saya sering sakit di bhgian dada bawah payudara. Sakit itu dtg tak kira masa dan kdg2 dtg menyerang sedang saya berbaring. Sakit itu seakan menyucuk dlm 10 saat dn akn kembali pulih selepas itu. Saya juga sering sakit pada bahagian keseluruhan dada seperti dihempap batu slps duduk posisi yg tertentu. Apekah tandanya itu ?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1405]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9632]
 Anda Diserang Migraine?? hit[2932]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3680]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[5846]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7737]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2596]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4220]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1296]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2552]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2364]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1641]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5128]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3355]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2587]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3097]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[2841]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3062]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2630]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6573]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[3816]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[4972]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[68860]
 Anda Sakit Tumit? hit[11350]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5241]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5047]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5060]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5398]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4712]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2290]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1825]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[2823]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4162]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3567]
 Benjolan Ketika Period hit[3103]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4712]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[6835]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13101]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[3988]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4661]
 Wanita dan Menopause hit[5651]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3345]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[3911]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2353]
 Payudara Gatal? hit[4618]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1783]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11128]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3334]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1756]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[3958]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[3969]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[2785]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13032]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[2844]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2131]
 Kesan Makan Mee Segera hit[6985]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15290]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4534]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2533]
 Sakit Batu Karang?? hit[2432]
 Rawatan Jerawat??? hit[2962]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4048]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2179]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[1866]
 Peluh Berwarna Putih? hit[1854]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[1836]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2321]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[16914]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4172]
 Jeli Gamat hit[1801]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2269]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4292]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2168]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5290]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2239]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2513]
 Kerap Sakit Belakang hit[2902]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2439]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2040]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4516]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2705]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[2787]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2622]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[3872]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1789]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1746]

Online

We have 178 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget