User Rating: / 12
PoorBest 

Kahak Berdarah, Bahaya??

Tuesday, 16 November 2010 07:27 Mohd Faizal bin Nor Azmi 11 Comments Artikel Cyberclinics - Bidang Perubatan (Medikal)
E-mail Print PDF
Share

 

 

Soalan

Salam..saya ada mengalami kahak berdarah sejak thn 2007.it is a recurrent symptom.the last one was on the last september.doc found out that ive heart murmur(soft murmur).should i take it seriously?

Jawapan

Salam, kahak berdarah atau dalam bahasa Inggerisnya hemoptysis yang dialami saudara mungkin berlaku atas beberapa sebab. Namun perlu diingatkan kahak berdarah BUKAN SITUASI NORMAL. Hal ini demikian kerana kebanyakan penyakit yang mengakibatkan kahak berdarah adalah penyakit yang serius.

Langkah pertama: pastikan sumber

Doktor akan pastikan sama ada darah itu benar-benar datang dari paru-paru, salur pernafasan (nasopharynx) atau dari salur makanan (pendarahan di esophagus atau perut kemudian dimuntahkan kembali melalui mulut). Mungkin mudah bagi doctor melakukan perkara tersebut dan mungkin sukar. Kahak berdarah yang keluar ketika batuk selalunya dari paru-paru anda. Sekiranya pemeriksaan paru-paru normal, maka pemeriksaan salur pernafasan dan salur makanan diperlukan. Kadang-kadang khidmat pakar diperlukan.

Langkah kedua : mengenal pasti jumlah dan warna kahak

 

 

 

Kahak berdarah yang lebih secawan dalam sehari sangat berbahaya kerana pendarahan serius mungkin berlaku dan penyakit-penyakit serius mungkin terlibat. Sekiranya warna kahak tersebut merah, kemerah-merahan selalunya dari paru-paru atau salur pernafasan. Sekiranya merah gelap atau coklat selalunya dari salur makanan. Yang sukarnya apabila darah dari salur pernafasan ditelan masuk ke perut, berubah warna kemudian dikeluarkan kembali melalui batuk atau muntah. Doktor mungkin keliru dengan warna coklat tersebut dan mengatakan darah berasal dari salur pencernaaan sedangkan hakikatnya dari salut pernafasan atau paru-paru.

 

Sekiranya doctor sudah mendapat maklumat darah tadi datang dari mana, jumlah, warna kahak, beliau seharusnya tahu sekerap mana kahak berdarah berlaku, ada ambil ubat jenis anticoagulant atau penyakit lain. Maklumat anda seorang perokok, hisap sisha atau pengambilan dadah sangat penting lebih-lebih lagi untuk mengetahui kanser paru-paru atau tidak.

Ringkasan maklumat
1.darah datang dari mana (true or spurious hemptysis)
2.Jumlah dan warna
3.kekerapan
4.Ubat anticoagulant
5.Penyakit lain
6.Perokok, sisha, dadah

Maklumat ini dapat member gambaran penyakit-penyakit yang terlibat.

Sebab-sebab Kahak berdarah (differential diagnosis):

Penyakit yang selalu terjadi

1.Jangkitan :
a.acute bronchitis,
b.pneumonia (paru-paru berair),
c.lung abscess (paru-paru bernanah),
d.bronchiectasis,
e.Tuberculosis (penyakit TB),
f.coccidiodomycosis,
g.aspergilloma,
h.pneumonic plaque,
i.sarcoidosis,
2.Kanser : Kanser paru-paru
3. Pulmonari thromboembolism

4.Congestive heart failure (masalah jantung yang merosakkan paru-paru)
5.Trauma (kecederaan)
6.Ubat anticoagulant
7.Tertelan objek (kanak-kanak)

Penyakit yang jarang terjadi:

1.Hereditary hemorrhagic telangiectasia (HHT or Rendu-Osler-Weber syndrome),
2. Goodpasture's syndrome
3.Wegener's granulomatosis

Doktor anda akan buat pemeriksaan klinikal dan makmal untuk mengetahui diagnosis yang tepat dan “exclude” penyakit-penyakit berbahaya yang lain. Kanser paru-paru sangat penting untuk dikecualikan.

Antara ujian makmal yang perlu dilakukan (tidak semua perlu) adalah seperti berikut:

(secara am)

1.Bronchoscopy

2.X-ray dada

3.CT Scan

4.Coagulation studies, such as PT or PTT

5.Complete blood count

6.Sputum culture and smear

7.Lung biopsy  (jarang)

8.Lung scan(jarang)

9.Pulmonary arteriography (jarang)

(secara spesifik)

Ujian makmal yang menjurus kepada satu-satu penyakit sangat penting untuk dilakukan. Contohnya Tuberculin test untuk TB.

Murmur yang didengar memberi kemungkinan penyakit berpunca di jantung. Namun diagnosis sebenar hanya diketahui selepas semua pemeriksaan dan ujian makmal. Serahkan pada doctor anda untuk diagnosis. Sekiranya ada keraguan berbincang dengan beliau dan sentiasa dapatkan pandangan kedua dari doctor lain. Shafakallah, semoga diberi kesihatan dan dilindungi daripada penyakit-penyakit berbahaya.

Panduan bagi health professional:

 

 

Rujukan

Essential of Clinical Medicine Prof Magdy Ishak, Cairo University
http://en.wikipedia.org/wiki/Hemoptysis
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f0/Hemoptysis.png

http://www.pulmonologychannel.com/hemoptysis/index.shtml#adjump
http://www.nlhep.org/books/pul_Pre/hemoptysis.html
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003073.htm




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
+9 #11 shida 2012-04-11 06:15
dr..sy berumur awal 20 an..baru-baru ini badan saya tidak sihat, terasa sedikit pening dan demam..saya tidak mengalami batuk tetapi selepas makan, tekak saya berasa tidak selesa..saya sedikit batuk dan mengeluarkan kahak berwarna putih berserta darah yang tidak terlalu merah..apakah ini membahayakan kesihatan saya?
Quote
 
 
0 #10 ahmad bukhari 2012-04-01 15:28
salam. saya mempunyai anak yang mengidap penyakit thalasemia alfa dan dia juga pernah mengidap penyakit penoumia. pada 1 april 2012 yang lalu dia mengalami batuk berkahak sebesar hujung jari kelingking. setelah diperiksa didapati terdapat ketulan kecil darah. dan sebelum itu juga dia mengalami demam , batuk serta selsema dan setelah di x-ray kesan jangkitan penoumia yang lalu masih kelihatan pada paru2 kanan sebelah bawah.soalan saya, adakah anak saya telah sembuh sepenuhnya dari jangkitan penyakit tersebut dan adakah kahak yang ada darah tu kesan dari penoumia. Tolong bantu saya ?
Quote
 
 
0 #9 nadia 2012-03-20 13:33
salam.. saya juga mengalami masaalah yang sama dengan hidayah, saya tidak mengalami batuk, tetapi tiba2 saya termuntah. dan muntah tersebut adalah muntah air+kahak hijau+darah.tetapi muntah ini berlaku hanya sekali sahaja. dan jika saya memaksa untuk batuk,dada saya jadi perit sgt dan akan keluar kahak hijau+darah. tolong bantu saya ye.
Quote
 
 
+1 #8 syakirin 2011-09-21 15:48
saya kerap mengalami sakit kepala yang teramat sngat...selain itu...saya akan muntah selepas makan dan akan keluar darah...kadang-kdang darah juga akan keluar melalui hidung dan kahak..
adakah saya mempunyai masalah kesihatan ?
Quote
 
 
0 #7 fara 2011-08-22 06:21
salam
saya sering kali meludah disebabkan kahak saya tidak sentiasa ada....kadang kala berwarna merah....saya sudah dapatkan rawatan tapi tiada perubahan
Quote
 
 
0 #6 tasha 2011-07-21 13:49
sy cube cr apa kesan kalau hanya kahak berdarah tp x batuk dlm artikel ni tp x jmp..tolong komen~
Quote
 
 
+4 #5 katak puru 2011-06-16 02:49
saya mengalami masalah kahak berdarah, ketika membuang kahak,dan kahak tersebut bercampur dengan darah berwarna merah pekat. adakah serious?
Quote
 
 
+3 #4 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-04-22 11:24
u r so rude...this is not a place for humor
Quote
 
 
-9 #3 fared 2011-04-22 06:14
itu tanda dah nak jalan..cepat2 tobat,tinggalkan segale kemungkaran..pilihlah akhirat untuk kehidupan kekal abadi.. :lol:
Quote
 
 
+1 #2 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-03-27 10:35
the answer is in the article
Quote
 
 
+6 #1 NURUL HIDAYAH 2011-03-27 09:33
saya mgalami kahak berdarah,,,tetapi sy tidak batuk.. dan kahak saya berwarna hijau berserta darah,, apa tandanye ye? bahaya atau tidak?
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh