Soalan :
Assalamualaikum, Minta pendapat. saya pernah berasa sakit pada bahagian dada dan sakit itu merebak ke tangan kanan saya, sehingga tangan saya berasa lenguh dan sukar untuk menulis. Saya telah mendapatkan pemeriksaan doktor dan doktor menyatakan bahawa saya tiada masalah pada paru-paru atau jantung. 2 hari selepas itu, tangan kanan saya pulih seperti sediakala manakala tangan kiri saya pula mengalami lenguh-lenguh. Saya menjadi musykil lalu berjumpa doktor kedua dan doktor menyatakan bahawa tulang rusuk saya mengalami jangkitan. Saya ingin mengetahui apakah risiko dan bahayanya sakit dada ini yang selain jangkitan kuman?
Jawapan :
Assalamualaikum, saudari Ana (bukan nama sebenar). Moga saudari berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.
Mengadu sakit dada sering kali kita dengar dalam kehidupan seharian dan sebenarnya merupakan symptom yang paling kerap dilaporkan penyebab kebanjiran ramai orang di wad emergency. Walaubagaimanapun, TIDAK SEMUA sakit dada berkaitan dengan masalah jantung, namun, langkah PERTAMA adalah perlu untuk MEMASTIKAN ianya bukan disebabkan SERANGAN SAKIT JANTUNG yang boleh membawa MAUT.
Di sini saya sertakan beberapa sebab sakit dada dan karakter spesifik yang berkaitan :
- Masalah Jantung
- Dada terasa bagai ditekan-tekan (pressure), sesak (fullness), ketat (tightness)
- Terasa panas ( searing pain) di bahagian dada dan merebak (radiate) ke belakang, leher, dagu, bahu dan tangan (lebih spesifiknya ; tangan kiri)
- Nafas pendek dan penat setelah melakukan aktiviti biasa yang pada asalnya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
- Sakit dada yang menyebabkan terjaga dari tidur
- Sakit dada yang dapat dikurangkan dengan meninggikan / menambah bilangan bantal semasa tidur
- Sakit yang mengambil masa beberapa minit, kemudian hilang, dan kemudiannya menyerang semula dengan intensity yang lebih kuat (serangan kedua lebih sakit daripada serangan pertama)
- Nafas menjadi pendek, berpeluh secara tiba-tiba, pening dan loya
- Sakit pada mana-mana bahagian badan
- Badan menjadi letih tanpa sebab yang nyata
- Kulit kebiru-biruan
- Bengkak kaki
- Bukan masalah jantung
- Masalah system pencernaan :
-Rasa terbakar (burning sensation) di bahagian belakang di tengah-tengah dada
-Rasa masam atau rasa makanan keluar semula kedalam mulut
-Mempunyai masalah menelan makanan
-penghasilan air liur yang berlebihan
-rasa mual, pening, dan muntah
- Masalah system pernafasan :
-sakit dada secara tiba-tiba
-nafas pendek ketika melakukan aktiviti mahupun ketika rehat
-batuk dan berkahak (mungkin batuk berdarah)
-sakit seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada (sharp pain)
-denyutan jantung menjadi kencang
-Sakit dada yang bertambah baik atau buruk dengan perubahan posisi badan
-Sakit dada yang bertambah teruk apabila anda batuk atau menarik nafas dalam
- Masalah otot dan tulang :
-Sakit pada bahagian dada sewaktu anda menekannya dengan tangan
-sakit dada apabila menarik nafas dengan dalam
-nafas pendek (untuk mengelakkan sakit dada jika bernafas dalam-dalam)
-mengalami jangkitan kuman atau demam pada masa-masa sebelum sakit dada
- Psikologi (tekanan diri)
-sakit dada menyusul selepas perasaan takut muncul
-denyutan jantung menjadi kencang
-nafas menjadi pendek
-berpeluh berlebihan tanpa sebab
- Kanser
- Organ dalam badan pecah
-sakit pada bahagian badan atau dada secara tiba-tiba dan merebak kebelakang
-bahagian depan badan menjadi keras (abdominal rigidity)
Bila anda perlu berjumpa dengan pengamal perubatan?
BILA-BILA MASA ANDA BERASA SAKIT PADA BAHAGIAN DADA.
Anda tidak perlu membuang masa memikirkan sebab sakit dada anda. Anda juga tidak perlu risau jika anda tidak didiagnosikan dengan apa-apa penyakit setelah melalui pemeriksaan.
TERUS KE HOSPITAL dan NYATAKAN ADUAN ANDA!
Rawatan di rumah sementara dalam perjalanan ke hospital
- Jika anda mengesyaki ianya serangan jantung berdasarkan karakter-karakter symptom yang spesifik, terus mengunyah pil aspirin 160mg (maksima). Anda perlu mengunyahnya sebelum menelan untuk penyerapan dan tindak balas ubat yang cepat
- Jika anda mengesyaki ianya seranganpada salur pencernaan ; acid di bahagian perut yang menyebabkan inflamasi pada esophagus, sila mengambil antacid.
Secara konklusinya, anda perlu terus mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor, samada rawatan di rumah member kesan ataupun tidak
Bagaimana untuk mendapatkan penjelasan yang optimum dan rawatan yang berkesan sementelah anda melaporkan diri ke hospital?
Sila LAPORKAN kepada doctor:
- Symptom-simptom yang anda alami. Jika boleh, nyatakan rentetan symptom yang anda alami secara kronologi sehinggalah symptom yang paling terbaru yang menyebabkan anda mengambil keputusan untuk mendapatkan terus rawatan dari hospital
- Nyatakan latar belakang kesihatan anda dan keluarga seperti apa- apa penyakit, ubat yang diambil.
- Nyatakan jika anda mengalami apa-apa kecederaan pada bahagian dada
- Nyatakan kehidupan peribadi anda juga seperti apa-apa perubahan yang berlaku dalamm hidup seperti masalah keluarga, peperiksaan, dan lain-lain
Sila BERTANYAKAN kepada doctor :
- Apakah kemungkinan- kemungkinan yang menyebabkan saya sakit dada?
- Apakah ujian kesihatan yang perlu saya lakukan?
- Perlukah saya tinggal di hospital untuk pemeriksaan lanjut?
- Apa rawatan yang saya perlu jalani buat masa ini?
- Apa rawatan dan ujian lanjutan yang saya perlu jalani pada masa akan datang?
- Apa yang perlu saya lakukan dan elakkan apabila saya pulang ke rumah?
- Perlukah saya berjumpa doctor pakar?
Ujian yang perlu anda laksanakan apabila mendapat pemeriksaan di hospital
- ECG (paling basic dan perlu)
- Ujian darah
Apabila keputusan ujian menunjukkan tanda-tanda yang mengkhuatirkan, doctor akan menyarankan beberapa ujian lanjutan ;
- X-ray
- Ujian tekanan (stress test)
- CT scan
- MRI
Rawatan
Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berpandukan sebab sakit dada. Rawatan hendaklah dilaksanakan sekaligus dengan pencegahan untuk mengelakkan serangan sakit dada untuk kesekian kalinya.
Cadangan penulis
Di sini, saya ingin menyatakan bahawa keterangan pemeriksaan kesihatan yang saudari susulkan tidak terlalu terperinci.
Adakah saudari menjalani ujan ECG dan apakah keputusannya? Adakah saudari menyatakan dengan jelas simptom-simptom yang dialami kepada doktor? Saudari juga ada menyatakan bahawa doktor mendiagnosikan saudari mengalami jangkitan kuman pada tulang rusuk sebagai punca sakit dada, namun, sudahkan doktor tersebut membuat beberapa ujian untuk menyatakan TIDAK pada PUNCA UTAMA KEMATIAN iaitu SAKIT JANTUNG?
Di sini, saya mencadangkan agar jika saudari atau mana-mana kenalan mengalami sakit dada untuk kesekian kalinya, dan untuk mengelakkan saudari berjumpa doktor berulang-ulang kali di pusat rawatan yang berlainan untuk mendapatkan pemeriksaan yang berkesan demi mengenal pasti sebab sakit dada saudari, saya berharap, agar keterangan dan panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu saudari mendapatkan rawatan yang optimum pada setiap pemeriksaan yang pertama. Wallahualam
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
e_zaini89
apa yang patut saya buat eyh??
tq...
I have no idea what is really going on....buat pemeriksaan doktor yang lain (second opinion) untuk exclude jantung dan paru-paru...sekiranya SEMUA PENYAKIT telah dikecualikan...anda mungkin mengalami masalah psikology....
saya menghidap sakit jantung ketika umur sy 19 tahun...sy kerap sakit dada..masa mula2 sy wt checkup diSJMC lubg jntung sy 1.0mm tahun lepas sy cek dihospital serdang lubg jntung sy telah membesar kepada 2.6cm...doktor mengarahkn sy menjalani pembedahan buln 4 ni....sy nk tnye apakah risiko yang akn berlaku pada sy sekiranya sy x menjalani pembedahan.........??dan apakah risiko yg akan berlaku sekiranya sy melakukan pembedahan??
saya nak minta pendapat..
seminggu lepas saya ada berjumpa doktor kerana masalah sakit dada yang datang secara tiba-tiba (dtg, kemudian hilang semula. setelah itu doktor menyatakan bhw saya mendapat jangkitan kuman sbb perut kosong. 4 jenis ubat diberikan kepada saya. tetapi sehingga sekarang saya masih merasai sakit dada yg kadang2 dtg menyerang saya. saya ingin tahu apa yg harus saya lakukan selanjutnya?
RSS feed for comments to this post