Soalan
Assalamualaikum
Orang yg menghidap stroke ada potensi utk pulih?Apa rawatannya?
Jawapan
Rawatan Stroke
Waalaikumussalam bagi yang bertanya. Penyakit stroke kebiasaannya memerlukan rawatan yang segera ketika serangan stroke itu berlaku. Adalah sangat penting bagi penghidap stroke untuk segera dikejarkan ke hospital ketika serangan terjadi bagi memastikan bahawa ianya berpunca daripada pendarahan dalm saluran darah di kepala ataupun bekuan darah yang menghalang aliran darah ke otak.
Waktu yang terbaik bagi menangani serangan stroke ialah dalam masa 3 jam pertama serangan stroke tersebut.
Rawatan di hospital akan dilakukan dengan pemeriksaan melalui CT scan bagi mengetahui puncanya secara lebih tepat.
Pesakit juga akan diberikan dengan ubat thrombolytic bagi yang disebabkan oleh bekuan darah di dalam saluran darah. Namun, jika stroke adalah disebabkan oleh pendarahan, thrombolytic hanya akan menyebabkan lebih lagi pendarahan berlaku.
Rawatan lain yang biasa digunakan juga ialah seperti aspirin, heparin atau warfarin.
Rawatan untuk jangka masa panjang bagi pesakit stroke juga adalah penting seperti melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, melakukan aktiviti senaman yang sewajarnya, program kaunseling dan khidmat nasihat dan pelbagai lagi.
Sebagai langkah pencegahan, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak, lakukan juga aktiviti senaman kira-kira 30 minit untuk 2 atau 3 kali seminggu. Berhenti merokok dan elakkan pengambilan alkohol.
Potensi untuk Pulih
Proses penyembuhan penyakit stroke ini adalh bergantung kepada sejauh mana tisu-tisu otak yang rosak dan juga seberapa cepat rawatan yang diterima. Sesetengah pesakit mampu untuk sembuh sepenuhnya selepas stroke manakala sesetengah yang lainnya pula ada yang mengalami kerosakan system tubuh yang kekal.
Jadi, nasihat saya, dapatkanlah nasihat dan perundingan daripada pegawai perubatan secara kerap dan segera.
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
RSS feed for comments to this post