Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 3
PoorBest 

Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna?

E-mail Print PDF
Share

 

 

 

ray2Soalan

Assalamualaikum.saya selalu buat kerja iaitu menaip secara duduk. kaki saya selalu kebas. dan saya selalu rasa sejuk sangat. saya lihat tapak tangan saya macam berwarna kekuningan. jadi apakah masalah yang saya hadapi sekarang?

Jawapan

Terima kasih atas soalan. Tangan kebas, sejuk dan bertukar warna sering dialami oleh masyarakat namun diagnosis selalunya tersasar daripada diagnosis yang sebenar akibat ketidakcukupan maklumat yang diberikan ataupun ketidakcukupan pengalaman doctor yang merawat.

Simptom yang menjadi perhatian saya secara peribadi adalah kesejukan yang dialami. Tangan atau kaki sejuk menjadi “hint” kepada diagnosis kerana tidak banyak penyakit yang boleh menyebabkan tangan atau kaki sejuk, berbanding simptom-simptom lain yang mempunyai pelbagai sebab.

 

Tangan atau kaki dirasakan sejuk walaupun tidak berada dalam keadaan persekitaran yang sejuk sering terjadi. Selalunya tangan sejuk adalah sebahagian daripada tindakbalas semulajadi oleh badan untuk mengembalikan suhu badan kepada suhu normal dan tidak perlu menjadi sebab untuk dirisaukan.

Lain pula halnya sekiranya tangan atau kaki sejuk ini dihidapi secara berterusan untuk jangka masa yang panjang kerana ini mungkin tanda amaran yang diberikan oleh tubuh supaya segera mendapatkan rawatan.

Dua benda penting  yang perlu sentiasa  di dalam minda apabila menghadapi tangan atau kaki sejuk; 1. Masalah peredaran darah 2. Masalah saraf.

Simptom/tanda  lain yang seharusnya dikesan, selain tangan atau kaki yang sejuk adalah:

1.Perubahan warna tangan, sama ada biru atau putih (pucat)
2.Kebas tangan atau kaki, ataupun hilang deria sentuhan
3.Luka
4.Kulit yang sangat tegang atau keras

Penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan tangan/kaki sejuk:

1.Kurang darah (anemia)
2.Buerger’s disease
3.Kencing manis
4.Frostbite
5.Peripheral artery disease (PAD
6.Raynaud’s disease
7.Scleroderma

Bilakah perlu berjumpa dengan doctor?

Sekiranya tangan/kaki sejuk dihadapi secara berpanjangan disertai dengan symptom/tanda lain seperti yang dinyatakan di atas.

Anemia

Kekurangan darah dapat dikesan dengan mengambil sampel darah untuk ujian makmal. Rawatan kepada penyakit yang menyebabkan kekurangan darah tersebut diperlukan.

Buerger’s Disease

Penyakit ini disahkan apabila semua penyakit lain telah dinafikan. Secara tipikalnya, pesakit seorang lelaki, merokok , kaki diamputasi (dipotong) akibat salur darah kaki yang tersumbat dan dikesan dengan ultrasound (distal extremity ischemia). Pesakit mungkin datang dengan symptom yang tidak tipikal.

Kencing manis

Dikesan dengan ujian gula dalam darah. Rawatan seumur hidup diperlukan.

Frostbite

Kulit atau tisu yang merana akibat berada di persekitaran yang teramat sejuk, contohnya musim sejuk di Russia ataupun berada dalam freezer. Ada 4 peringkat kesemuanya. Bahagian tubuh yang menghadapinya seharusnya dilindungi daripada keadaaan sejuk dan dituam dengan air suam.

Raynaud’s Disease

Tangan/ kaki sejuk disertai pertukaran warna kepada putih(pucat) ataupun biru walaupun tidak berada di dalam keadaan yang teramat sejuk.  Pesakit mungkin menghadapi situasi ini di dalam keadaan sejuk (berhawa dingin) sedangkan dalam keadaan yang sama, orang lain nampak normal. Pesakit juga boleh diserang apabila berhadapan dengan tekanan.  Pesakit perlukan ujian makmal berbentuk  antinucklear antibody test (ANA), erythrocyte sedimentation rate (ESR) dan Cold Stimulation Test.

Rawatan Raynaud’s Disease:

Semasa serangan:

Sentiasa panaskan badan dengan
1.Masuk ke dalam rumah apabila cuaca persekitaran sejuk
2.Merendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam
3.Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
4. Memakai pakaian yang tebal

Selain waktu serangan:

1.Sentiasa bertopi (kepanasan badan senang hilang ke persekitaran melalui kulit kepala)
2. Memakai pakaian tebal yang selesa untuk mengelakkan kesejukan yang boleh membawa kepada serangan.
3.Sentiasa pastikan kaki anda kering dan berstokin untuk mengelakkan sejuk.
4. Elakkan kawasan berhawa dingin sekiranya hal ini boleh menyebabkan serangan.
5.Tungku suam sebaiknya dibawa bersama apabila keluar dari rumah di musim sejuk.
6.Berhenti merokok. Merokok menyebabkan suhu kulit jatuh.




Another articles:

Powered By relatedArticle

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1406]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9635]
 Anda Diserang Migraine?? hit[2932]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[3684]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[5848]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[7738]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2600]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4223]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1298]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2553]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2367]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1642]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5129]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3357]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2589]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3099]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[2843]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3063]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2631]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[6577]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[3817]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[4974]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[68869]
 Anda Sakit Tumit? hit[11354]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5241]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5049]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5063]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5399]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4715]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2291]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[1828]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[2824]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4163]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3567]
 Benjolan Ketika Period hit[3105]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4714]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[6840]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13104]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[3990]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4664]
 Wanita dan Menopause hit[5653]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3347]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[3913]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2353]
 Payudara Gatal? hit[4620]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1785]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11131]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3336]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1758]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[3962]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[3970]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[2787]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13035]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[2845]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2133]
 Kesan Makan Mee Segera hit[6987]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15294]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4536]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2533]
 Sakit Batu Karang?? hit[2432]
 Rawatan Jerawat??? hit[2963]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4050]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2180]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[1868]
 Peluh Berwarna Putih? hit[1855]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[1839]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2321]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[16915]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4172]
 Jeli Gamat hit[1805]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2271]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4294]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2169]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5291]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2239]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2515]
 Kerap Sakit Belakang hit[2905]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2440]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2041]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4522]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[2708]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[2788]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2623]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[3875]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1790]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1747]

Online

We have 224 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget