Soalan:
Isteri saya selalu rasa sakit di bahagian bawah perut sebelah kiri. Apakah penyakit yang boleh di kaitkan dengan sakit yang sedemikian?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan anda. Sakit pada bahagian bawah kiri perut merupakan sakit yang dihadapi oleh ramai orang pada hari ini. Ia mempunyai pelbagai sebab yang seringkali sukar untuk difahami. Justeru, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Maklumat yang lengkap diperlukan oleh doktor berkaitan ciri-ciri sakit, gejala-gejala lain, sejarah keluarga dan berbagai maklumat lain yang dapat membantu diagnosis. Doktor juga perlu melakukan pemeriksaan pada bahagian sakit tersebut dan kadang-kadang memerlukan ujian tertentu untuk membantu doktor membuat diagnosis yang tepat. Sekiranya general practioner (GP) atau doktor yang merawat penyakit yang umum tidak dapat menyelesaikan kes ini. Kes ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan atau internist (specialist in internal medicine) terutamanya internist yang concentrate pada kes berkaitan masalah organ pencernaan (gastroenterologist) dan juga pakar sakit puan (specialist in obstetric and gynaecology) sekiranya sakit tersebut berpunca daripada organ pembiakan perempuan bagi pesakit wanita.
Perut dibahagikan kepada 9 bahagian iaitu right hypochondriac, epigastriac, left hypochondriac, umbilical, right lumbar, left lumbar, right iliac, hypogastric, dan left iliac seperti di dalam rajah di bawah:

Pembahagian perut kepada kepada 9 bahagian
Perut juga boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu right upper quadrant, left upper quadrant, right lower quadrant dan left lower quadrant seperti rajah di bawah:

Pembahagian perut kepada empat bahagian
Sakit pada setiap bahagian perut seperti yang dinyatakan di atas itu mempunyai pelbagai sebab yang berlainan. Merujuk kepada soalan saudara yang isteri saudara mempunyai sakit perut pada bahagian bawah kiri, saya mengandaikan sakit isteri saudara pada bahagian left lower quadrant pain seperti dalam rajah di atas.
Secara ringkas dan umumnya sebab-sebab popular yang menyebabkan sakit pada bahagian left lower quadrant pain/sakit pada bahagian kiri bawah perut adalah seperti berikut:
- Irrritable Bowel Syndrome (Simdrom irritasi usus)
Penyakit ini dicirikan oleh kesakitan pada bahagian bawah kiri perut (pain in left lower quadrant abdomen) yang disertai oleh gejala-gejala seperti sembelit yang di selang-seli oleh cirit birit (alternating diarrhea and constipation), cramping pain, sakit yang minima (minimal pain), tidak demam (no fever).
- Diverticulitis (Jangkitan pada poket usus besar)
Ciri-ciri penyakit ini ialah demam, sakit pada bahagian bawah kiri perut, sembelit (constipation), nausea (rasa loya macam nak mumtah), mumtah (vomiting), kadang-kala terdapat darah pada air besar (blood in the stool).
Diverticulitis
3. Left ureteric calculus (batu karang pada bahagian kiri salur air kencing ureter)
Sakit pada bahagian kiri bawah perut disertai oleh sakit ketika membuat air kecil, terdapat darah yang bercampur dengan air kencing (haematuria), dan boleh membawa kepada demam.
4. Ulcerative Colitis (Inflamasi pada salur usus besar dan rectum)
Penyakit ini dicirikan oleh demam yang rendah suhunya (low grade fever), sakit pada bahagian bawah perut, darah boleh didapati pada air besar (blood in stools), dan kadangkala kehilangan berat badan (weight loss).
5. Ectopic pregnancy (kehamilan di luar rahim yang hanya berlaku pada wanita)
Kedapatan fetus/bayi yang membesar di luar rahim yang biasanya berlaku pada tiub fallopio. Gejala-gejalanya juga terdiri daripada darah haid berhenti mengalir pada waktu yang sepatutnya (missed menstrual period) dan berasa sangat sakit pada bahagian bawah perut yang berlaku secara tiba-tiba.

6. Pelvic Inflammatory Disease (Inflamasi pada organ pelvis pembiakan wanita)
Inflamasi pada organ pelvis pembiakan wanita yang disebabkan oleh penyakit yang tersebar melalui aktiviti seks (previous sexually transmitted disease). Penyakit ini dicirikan oleh kesakitan yang amat sangat pada bahagian bawah perut, demam, menggigil (chills), terdapat cecair yang keluar dari vagina (vaginal discharge), sakit ketika melakukan hubungan seks (painful sexual intercourse).
Rujukan:
1. A-Z Common Medical Symptoms, Answer Guide.
2. Oxford Handbook of Clinical Diagnosis, 1st Edition.
3. Davidson’s Principle and Practice Medicine, 20th Ed.
4. http://lowerleft-abdominalpain.com
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
saya sering sakit dalam perut..saya ke hospital untuk rawatan tapi dokter tidak dapat bagai tahu apa sakit saya..
darah normal..air kencing normal..
tapi masalah sekarang saya sering sakit perut..makan ubat yang diberi dokter tapi mash skt..
RSS feed for comments to this post