User Rating: / 3
PoorBest 

Jangkitan Kelenjar Air Liur

Thursday, 16 December 2010 18:17 Mohd Faizal bin Nor Azmi 0 Comments Artikel Cyberclinics - Bidang Pembedahan (Surgery)
E-mail Print PDF
Share

 

 

Soalan

Baru-baru ini saya mengalami radang kelenjar air liur (seperti yang disahkan di klinik oleh doctor). Leher kanan sy akan membengkak setiap kali saya makan/minum terutama makanan yg kaya dengan rasa atau masam. Pada awalnya sy menjangkakan tonsil membengkak tetapi tiada rasa sakit di tonsil, ternyata bukan kerana ianya surut selepas seketika setelah saya berhenti makan. Doctor ada memberikan ubat & antibiotik (maafkan saya,saya tidak mencatat nama ubat). Sekarang ada satu biji kecil yg agak keras di bawah lidah dan kadang-kadang mulut saya berasa agak masam.(seperti makan sesuatu yang masam) Soalan saya, adakah perlu saya merujuk kepada doctor pakar dan seberapa bahayakah radang ini? Saya agak runsing kerana leher saya mula membengkak kembali setiap kali saya makan.

Jawapan

Radang kelenjar air liur atau lebih suka saya panggil jangkitan kelenjar air liur  adalah suatu penyakit yang terjadi apabila virus atau kuman bacteria menjangkiti kelenjar yang menghasilkan air liur di dalam mulut.

Ada tiga pasang (kanan dan kiri) kelenjar air liur utama. Dua kelenjar paling besar terletak di pipi, di hadapan telinga. Radang kelenjar ini dinamakan khas parotitis atau parotidis. Dua lagi dinamakan kelenjar submandibular yang terletak di bawah dagu , bahagian sisi manakala dua kelenjar sublingual terletak di bawah lidah. Kesemua kelenjar air liur ini mengeluarkan air liur melalui saluran yang terbuka ke dalam mulut di pelbagai tempat yang spesifik.

Sebab-sebab jangkitan kelenjar air liur

1.Jangkitan Virus  seperti virus mumps yang menyebabkan parotitis. Kini parotitis jarang berlaku pada kanak-kanak disebabkan vaksim MMR yang telah diberikan sewaktu kanak-kanak ini membesar. Ibu bapa yang tidak memberikan vaksin MMR pada anak-anaknya akan menyebabkan anak-anak ini untuk mendapat parotitis.

 

2. Jangkitan Bakteria. Selalu terjadi apabila saluran kelenjar air liur tersumbat oleh batu karang  atau terjadi apabila kebersihan mulut diabaikan. Pesakit yang kekurangan air dan ditahan diwad boleh didapati mengalami jangkitan kelenjar air liur.

Simptom dan tanda:

a)Lidah rasa abnormal, seperti rasa masam yang dihadapi saudara(i)
b)susah nak buka mulut
c)mulut kering
d)demam
e)sakit mulut atau sakit di bahagian muka, terutama waktu makan
f)Kulit kemerah-merahan sama ada kulit muka atau bahagian atas leher
g)Bengkak di bahagian muka, sama ada depan telinga, bawah dagu atau bawah lidah

Pemeriksaan

Pemeriksaan secara langsung boleh mendapat diagnosis. CT scan atau ultrasound digunakan sekiranya terdapat nanah (abscess). X-ray muka boleh mengesan batu karang yang terbentuk.

Rawatan Kes Saudara(i)

1.Jangkitan pada kelenjar air liur yang dihadapi saudara(i) tidak berbahaya namun rawatan lanjut diperlukan untuk mengeluarkan batu karang yang terdapat di bawah lidah tersebut. Doktor anda atau doctor gigi boleh mengeluarkan batu karang tersebut. Sekiranya sukar, pembedahan kecil untuk mengeluarkannya boleh dijalankan.

2.Banyakkan makan buah-buahan citrus seperi limau dan anggur. Buah-buahan citrus akan menghasilkan air liur yang banyak dan menolak batu karang tersebut keluar daripada saluran yang tersumbat.

3.Antibiotic boleh diberikan sekiranya jangkitan bacteria. Antibiotic tidak berkesan untuk jangkitan virus.

4.Sekiranya ada nanah dalam bengkak tersebut (abscess), nanah itu perlu dibuang secara pembedahan.

5.Bersihkan mulut anda lebih kerap dengan menggosok gigi dan “flossing” paling kurang 2 kali sehari. Kumur dengan Listerine dan air suam membantu menjaga kebersihan mulut.

6.Banyakkan minum air kerana sekiranya air kurang, batu karang boleh kembali terbentuk dan jangkitan boleh terjadi kembali. Shafakallah.

 




Another articles:

Powered By relatedArticle

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh