Soalan
Saya mengalami sakit pada bahagian tumit sebelah kiri...saya seorang pelari jarak jauh.dan aktif bersukan.. adakah saya telah mengalami "spur" atau taji tumit... kalau ianya benar... apakah rawatan yang harus saya ambil.. adakah pembedahan... atau ubat penahan sakit sahaja.. kalau ada cara mudah.. tolong sertakan..
Jawapan
Terima kasih atas soalan. Sakit pada tumit atau heel pain sebenarnya sering dialami oleh masyarakat. Sakit tumit ini disebabkan beberapa penyakit , antaranya :
1.Plantar Fasciitis
Penyakit yang paling kerap menyebabkan sakit tumit. Penyakit ini terjadi apabila terdapat inflammasi pada tisu di bawah tapak kaki
Orang yang menghidapi plantar fasciitis ini akan berasa sakit di tumit apabila berjalan atau berdiri terlalu lama.
2.Heel Spurs
Mereka yang menghidapi sakit tumit terlalu lama akibat plantar fasciitis seterusnya akan menghidapi heel spurs.
3.Tarsal Tunnel Syndrome
Penyakit ini berlaku apabila saraf di belakang kaki telah ditekan oleh struktur-struktur di kelilingnya. Pembedahan mampu menghilangkan sakit ini.
4.Stress Fractures
Stress fractures berlaku apabila berlaku retak atau patah pada tulang kaki seperti tulang calcaneus. Penyakit ini perlu disahkan lebih-lebih lagi ahli sukan yang terlibat dengan sukan jarak jauh dan menghidapi sakit tumit.
5. Posterior Heel Pain
Sakit terjadi di bahagian belakang kaki, bukannya di tapak kaki.
Untuk mengesahkan penyakit yang menyebabkan sakit tumit ini, saudari perlu menjalani pemeriksaan kaki dan X-ray supaya dapat dirawat dengan sempurna. Saya akan menerangkan tentang salah satu penyakit yang sangat kerap menyebabkan sakit tumit iaitu
Plantar Fasciitis.
Plantar fasciitis adalah inflammasi pada plantar fascia. Plantar fascia adalah tisu di bawah tapak kaki yang menghubungkan tulang tumit (Calcaneus) ke jari kaki. Ia menyokong lengkungan di bawah tapak kaki.

Fascia yang normal adalah flexible dan kuat namun ada segolongan manusia mempunyai fascia yang tidak flexible malah lemah. Hal ini demikian mungkin disebabkan berat badan yang berlebihan, umur yang lanjut, atau penggunaan kaki yang salah (e.g. over pronation) lantas menyebabkan ketegangan yang berlebihan pada pada plantar fascia dalam setiap langkah. Lanjutan daripada fenomena ini, ligament kaki akan ditarik di tempat yang lemah contohnya tempat plantar fascia bersambung dengan calcaneus (tulang tumit).
Ketegangan yang berterusan menyebabkan tisu plantar fascia koyak (dilihat melalui mikroskop) dan radang atau inflammasi (kemerah-merahan) berlaku dan menyebabkan sakit tumit. Apabila berehat (e.g. tidur atau duduk) plantar fascia mengecut dan memendek. Apabila anda bangun dari duduk atau tidur dan mula berjalan, berat badan akan disokong oleh plantar fascia lantas menyebabkan ia tegang dan memanjang dengan pantas, lantas proses koyak pada tisu ini akan berulang. Oleh itu anda akan berasa sakit yang amat ketika langkah pertama selepas tidur atau bangun dari duduk.

Tahukah anda bahawa anda mungkin menghidapi heel spurs rentetan daripada plantar fasciitis? Oleh kerana tarikan dan ketegangan yang berterusan pada fascia di tulang tumit, badan akan bertindakbalas dengan membuat tulang baru atau dinamakan heel spur di tulang tumit.

Siapakah yang cenderung untuk mendapat Plantar Fasciitis?
1.Overpronation of the foot

2.Berdiri lama atau berjalan di permukaan yang keras untuk jangka masa yang panjang (kerana kerja)
3. Berat badan bertambah atau anda hamil
4.Otot dan tendon kaki anda ketat dan tidak flexible
5.Anda berumur lebih 45 tahun
6.Kaki rata (flat foot) atau kaki yang mempunyai lengkungan yang tinggi (high-arched foot)

Apakah simptom Plantar Fasciitis?
1.Sakit tumit
2.Sakit yang teramat lebih-lebih lagi ketika langkah pertama bangun dari tidur atau duduk.
3.Sakit yang bertambah dalam beberapa bulan
Bagaimanakah Diagnosis dibuat?
Doktor anda perlu membuat pemeriksaan dan memastikan ia bukannya Tarsal Tunnel Syndrome, bukannya Stress Fracture ataupun Posterior Heel Pain. Apabila semua ini dapat dinafikan, maka diagnosis Plantar Fasciitis boleh dibuat.
Rawatan di rumah
1.Senaman regangan (Stretching exercise).
Ia membantu mengurangkan sakit dan mempercepat penyembuhan.

2.Elakkan berkaki ayam.
Apabila berjalan tanpa alas kaki, anda sebenarnya menambah tekanan pada plantar fascia anda.
3. Ais
Letakkan ice pack di tumit untuk 20 minit beberapa kali dalam sehari untuk mengurangkan radang atau inflammasi. Letakkan tuala nipis antara ais dan tumit, jangan letakkan ais secara terus ke atas kulit.
4.Kurangkan aktiviti
Hal ini dapat memberikan rehat pada tumit anda.
5. Ubahsuai kasut anda
Gunakan kasut yang mempunyai sokongan untuk lengkungan tapak kaki anda dan juga tumitnya sedikit tinggi untuk mengurangkan tekanan pada plantar fascia.
6.Ubat-ubatan.
Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti ibuprofen disarankan untuk mengurangkan sakit dan radang.
Rawatan spesifik
Sekiranya cara-cara yang disarankan gagal mengurangkan sakit, anda dikehendaki berjumpa doctor bedah dan kepelbagaian pendekatan diperlukan seperti berikut :
1.Gunakan shoe pad dan strapping
Shoe pad yang diletakkan di dalam kasut dapat mengurangkan impak semasa berjalan. Muscle strap seperti yang terdapat di farmasa mengurangkan tekanan ke atas fascia.


2. Orthotic device.
Alat ini diletakkan di dalam kasut dan membantu membetulkan kaki anda sekiranya tidak normal.

3.Suntikan Corticosteroid
Suntikan ini dapat mengurangkan radang dan mengurangkan kesakitan.
4.”Removable walking cast”
Alat ini dapat menetapkan posisi kaki anda untuk beberapa minggu dan membenarkan kaki anda rehat dan sembuh.

5. “Night splint.”
Alat ini mengurangkan kesakitan pada waktu pagi seperti yang dialami oleh pesakit.

6. Physical therapy
BIlakan pembedahan diperlukan?
Pembedahan diperlukan sekiranya anda masih menghadapi kesakitan di tumit setelah mencuba kesemua cara di atas selama beberapa bulan.
| < Prev | Next > |
|---|


































































































Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid
Comments
RSS feed for comments to this post