Cyberclinics.org Your Online Medical Consultation

logo_cyberclinics902

sihat

Kongsi Artikel Ini

Like Cyberclinics !!!

Search

Kata Pengantar

 

"Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, duduk di kerusi roda, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. Sebarang maklumat yang disampaikan tidak mampu menggantikan pemeriksaan kesihatan secara terus antara doktor dan pesakit. Maklumat sekadar pengetahuan dan persediaan kepada pesakit.
 

Antara Artikel Cyberclinics

Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
JT SlideShow Module v1.5.1
A+ R A-
User Rating: / 4
PoorBest 

Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement

E-mail Print PDF
Share

 

 

 

Soalan

Anak saya berumur 1thn 10bln. dia kerap kena selsema, batuk dan demam. dalam sebulan kadang-kadang 3 kali demam/selsema. pernah masuk wad disebabkan rotavirus dan pneumonia. Saya memberikan omega3, juz kurma dan madu sebagai supplement. Soalan saya:-

1. Adakah supplement yang saya berikan ini sesuai dengannya?

2. dia kerap batuk, saya cuba beri madu, tapi kadang-kadang saya lihat batuknya semakin kerap. adakah madu tidak sesuai diberikan kepadanya?

3. Sekiranya supplement yang saya berikan ini tidak sesuai, apakah yang anda syorkan pada saya untuk diberikan pada anak?

Jawapan

Selsema, batuk dan demam yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak disebabkan jangkitan pada salur pernafasan (upper respiratory tract) oleh virus ataupun kuman bacteria. Pelbagai jenis virus dan pelbagai jenis bacteria boleh menyumbang kepada keadaan ini. Ibu bapa perlu sedar sekiranya tidak dirawat, jangkitan salur pernafasan atas boleh melarat dan menyebabkan jangkitan salur pernafasan bawah seperti pneumonia.

Sekiranya demam dan selsema yang tidak berkesudahan ini tidak dirawat dan mengganggu kanak-kanak tersebut untuk makan, masalah kekurangan nutrisi pula akan berlaku seterusnya merencat pertumbuhan fizikal kanak-kanak ini.

Saya yakin dan percaya, kebanyakan doctor yang merawat demam dan selsema ini tidak dapat memberikan ubat yang spesifik kepada kanak-kanak atas beberapa sebab.  Antaranya:

 

 

1.Selalunya jangkitan disebabkan virus, maka antibiotic yang dicipta khas untuk membunuh bacteria tidak memberikan apa-apa kesan pada virus ini. Antiviral pula dicipta khas untuk membunuh virus. Disebabkan antivirus mempunyai kesan sampingan yang agak bahaya, antiviral tidak pernah diluluskan sebagai ubat untuk common cold ini.

2.Nasal spray @ ubat spray dan ubat decongestant dinasihatkan supaya tidak diberikan pada kanak-kanak kerana kesan sampingan ubat-ubat tersebut. Orang dewasa sepatutnya tidak menghadapi masalah ini.

3.Ubat batuk pula dinasihatkan supaya tidak diberikan pada kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Berdasarkan kajian saintifik, penggunaan ubat batuk sebagai rawatan batuk untuk kanak-kanak bawah 2 tahun menunjukkan ubat batuk gagal untuk merawat golongan kanak-kanak ini.

Apakah rawatan yang sesuai?

1.Analgesic seperti acetaminophen (nama saintifik). Untuk kanak-kanak, ubat ini dinamakan Tylenol(nama pasaran) atau di Malaysia dinamakan Kotal (ubat kementerian kesihatan malaysia). Untuk orang dewasa ubat ini dinamakan Paracetamol (nama pasaran)

2.Meningkatkan pengambilan air terutama air suam. Air dapat mengelakkan “kekeringan” atau dehydrasi dalam badan, bahkan expectorant terbaik (mencairkan kahak).

3. Menghirup udara yang lembap dan suam. Pasang shower air panas di dalam bilik air untuk beberapa minit sehingga bilik air berwap dan matikan shower. Kemudian dukung anak anda di dalam bilik air tersebut selama beberapa minit. Lebih baik shower air panas dibiarkan terbuka dan anda bersama anak anda berada di dalam bilik air tersebut, TETAPI BUKAN DI BAWAH SHOWER AIR PANAS TERSEBUT!!

ada kes, doctor suruh hirup udara berwap, dia pergi letakkan anak dia bawah shower air panas, melecur satu badan! Pastikan anda masuk sekali dalam bilik air, kalau anda tak mampu bertahan, apatah lagi anak anda, maka bawa dia keluar dari bilik air tersebut. Jangan disaunakan pula kanak-kanak tersebut.

Bagaimana untuk elakkan daripada terkena jangkitan?

1.Sentiasa basuh tangan sekerap mungkin. Ini membantu membunuh kuman yang boleh menyebabkan common cold.

2.Bersihkan alat permainan atau permukaan yang selalu disentuh kanak-kanak dengan disinfectant seperti Detol. Kuman dapat dibunuh.

3.Influenza vaksin boleh diberikan. Hanya hospital tertentu sahaja yang mempunya vaksin ini.

4. Buat pemeriksaan badan kanak-kanak tersebut. Penyakit jantung seperti jantung berlubang selalunya akan menyebabkan jangkitan pada salur pernafasan kanak-kanak.

Soalan Saudari:

1.Adakah supplement yang diberikan tidak sesuai?

Wallahualam. Cuba jangan diberikan supplement tersebut dan lihat perkembangan anak saudari. Sekiranya sihat walafiat, jangan diberikan lagi ubat-ubat tersebut.

2.Adakah madu yang diberikan tidak sesuai?

Madu dilarang diberikan pada kanak-kanak bawah 1 tahun. Sesuai atau tidak pada anak puan kami tidak mengetahuinya. Setiap individu mempunyai keputusan yang berbeza. Sekiranya tidak ada perkembangan selepas penggunaan madu, atau pun penyakit melarat, hentikan madu tersebut. Rawatan alternatif ini tidak mempunyai bukti yang kukuh dalam jurnal perubatan untuk dikomersilkan penggunaannya.

3.Apakah supplement yang disyorkan?

Kanak-kanak yang mengamalkan pemakan seimbang tidak perlukan apa-apa supplement. Pemakanan seimbang merujuk kepada pyramid makanan yang telah disarankan kementerian kesihatan. Tiada satu supplement pun yang cukup-cukup sempurna untuk kami sarankan kepada puan. Pemakanan seimbang sudah memadai.

Rujukan

Paediatrics Mostafa Zakaria, Cairo University

Illustrated Textbook of Paediatrics 3rd Edition, Tom Lissauer and Graham Clayden

http://kidshealth.org/parent/infections/lung/pneumonia.html#

http://familydoctor.org/online/famdocen/home/children/parents/common/ent/328.html

http://www.childrenshospital.org/az/Site1719/mainpageS1719P0.html

http://nutrition.about.com/od/nutritionforchildren/a/kidssupplemnts.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Common_cold

http://en.wikipedia.org/wiki/Alternative_treatments_used_for_the_common_cold

http://mysetbersalin.com/blog/2009/03/petua-mengurangkan-selsema-pada-bayi/

http://en.wikipedia.org/wiki/Influenza_vaccine

http://www.ehow.com/way_5296464_remedies-baby-cold.html

 

 

 






Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
+1 #1 mastini 2011-07-01 09:11
salam,baru2 ni anak saya unour 2 tahun 1o bulan ditahan slama 4 hari di hospital.sblum ni bulan mac smiggu..krna pneumonia.
da bermacam ubat atau spplment sy kc, tp antibody ttp lemah..sy tak tau apa lg plu buat..hmpit tiap bulan demam
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh

Iklan Best !

Photobucket

Daftar Masuk

Panel Cyberclinics

IDFAIZAL-2
IDWANI-1
IDPENG-2
IDEZAIRY-2
IDFATIN-1
IDHANIFAH-1
IDYUSRI

Tajuk Cyberclinics

 Darah Mengalir Di Luar Waktu Haid hit[1680]
 Apakah itu penyakit apendiks? hit[9926]
 Anda Diserang Migraine?? hit[3204]
 Selsema dan Hidung Tersumbat..... Polyp? hit[4000]
 Sakit Pinggang dan Kebas Kaki hit[6284]
 Risau Biji/Bengkak Di Bawah Dagu Atau Leher hit[8100]
 Susu Bagi Bayi Kekurangan G6PD hit[2850]
 Kesan Sampingan Paracetamol hit[4529]
 Bolehkah Enalapril diambil semasa hamil? hit[1490]
 Stress Menyebabkan Sakit Kepala? hit[2819]
 Kaitan antara Kekurangan G6PD dan Alergi? hit[2603]
 Sesak Nafas , Asthma? hit[1852]
 Tangan/kaki Sejuk, Kebas dan Bertukar Warna? hit[5373]
 Kelahiran Bayi: True Alarms vs Real Contractions, Perlukah Episiotomi? hit[3624]
 Glaucoma, punca dan rawatannya? hit[2821]
 Pembedahan Jantung Berlubang: Perlukah? hit[3317]
 Owh, Kencing Manis Serang Saraf?? hit[3172]
 Apakah Itu Phlegm? hit[3301]
 Mata : Rabun Akan Bertambah? MIgraine dan Eye Floaters hit[2936]
  Kemandulan.Sebab-sebabnya, Penilaian Perubatan dan Pilihan Rawatannya.. hit[7055]
 Parut selepas Kemalangan ??? hit[4061]
 Selsema Lebih Daripada 2 minggu ???? hit[5354]
 Sakit Pada Bahagian Bawah Perut Sebelah Kiri, Sebab-sebabnya.. hit[69713]
 Anda Sakit Tumit? hit[11872]
 Seks Ketika Kehamilan hit[5587]
 Kenapa Kita Tersedu? hit[5371]
 Dengkur, adakah merbahaya? Pilihan Rawatannya hit[5287]
 AWAS:Jangkitan pada Telinga Kanak-Kanak! hit[5633]
 Sakit Perut dan Keracunan Makanan hit[4970]
 Kurang Berat Badan Merbahaya?? hit[2537]
 Kurus Berisiko Untuk Mendapat Kencing Manis? hit[2036]
 Skizofrenia, Penyakit Mental? hit[3067]
 Mulut Kering, Punca dan Rawatan hit[4471]
 Sakit Urat Selepas Bersukan hit[3836]
 Benjolan Ketika Period hit[3307]
 Penumbuhan Semula Tulang Yang Patah hit[4973]
 Demam Selsema Pada Kanak-kanak, Rawatan dan Supplement hit[7117]
 Hidung Berdarah? Jangan Panik! hit[13436]
 Senaman Untuk Wanita Selepas C-Section hit[4261]
 Bersalin Normal Selepas Pembedahan hit[4945]
 Wanita dan Menopause hit[5955]
 Jangkitan Kelenjar Air Liur hit[3583]
 Cecair Pada Pusat, Jangkitan? hit[4189]
 Kurang Berat Badan: Cacing atau Metabolisma Tinggi? hit[2586]
 Payudara Gatal? hit[4912]
 Nisbah CD4 kepada CD8 untuk Pesakit HIV hit[1971]
 Punca Kebas Anggota Kaki dan Tangan hit[11576]
 Gugur rambut? Ini rawatannya hit[3609]
 Tracheostomy- Risiko pada bayi? hit[1942]
 Mandi Malam Dan Paru-paru Berair, Satu Mitos?? hit[4277]
 Apakah Fungsi Apendiks?? hit[4243]
 Diagnosis Sakit Kepala hit[3082]
 Kahak Berdarah, Bahaya?? hit[13331]
 Sesak Nafas, Penyakit Mental? hit[3081]
 Benjolan Di Telinga, Telinga Bunga Kubis? hit[2342]
 Kesan Makan Mee Segera hit[7291]
 Panduan Menggunakan Pil Yasmine hit[15710]
 Kentut Berbau Busuk! hit[4852]
 Sentiasa Sakit Kepala hit[2727]
 Sakit Batu Karang?? hit[2642]
 Rawatan Jerawat??? hit[3222]
 Suntikan Mencegah Kehamilan hit[4283]
 Produk Makanan Yang Menyebabkan Cancer hit[2360]
 Apa itu Essential Tremors?? hit[2082]
 Peluh Berwarna Putih? hit[2049]
 Risau Nafsu Seks Menurun hit[2064]
 Bakal Pengantin Resah Buah Zakar Senak hit[2579]
 SAKIT DADA merbahaya! hit[17682]
 Rawatan, potensi untuk pulih bagi stroke hit[4407]
 Jeli Gamat hit[1991]
 Keloid Selepas Pembedahan? hit[2446]
 Faktor Membantu dan Membantut Ketinggian hit[4577]
 Anda Lelaki? Lebih 50 tahun? Kenalilah Kanser Prostate! hit[2393]
 Rawatan Untuk Pesakit HIV hit[5581]
 Ingin Lebih Tinggi?? hit[2466]
 Scoliosis dan Kehamilan hit[2821]
 Kerap Sakit Belakang hit[3270]
 4 Langkah Mudah Tangani Migraine hit[2752]
 Vitamin B17 Dari Biji Buah Aprikot Mampu Mengubati Barah? hit[2422]
 Pil Pencegah Kehamilan hit[4843]
 Faktor Rhesus & Kesan Sampingan RhoGAM hit[3013]
 Cara Bersunat Paling Mudah hit[3051]
 Pembedahan Untuk Jantung Berlubang hit[2839]
 Madu Tak Selamat Untuk Bayi? hit[4096]
 Epsom Salt, Batu Hempedu dan Resdung hit[1984]
 Penjagaan Kesihatan Sewaktu Kehamilan hit[1913]

Online

We have 166 guests online

ShoutBoX


ShoutMix chat widget