User Rating: / 6
PoorBest 

Wanita dan Menopause

Monday, 03 January 2011 15:37 Nur Fatin Hanira Abd Patar 2 Comments Artikel Cyberclinics - Bidang Sakit Puan (O&G)
E-mail Print PDF
Share

 

 


Soalan

Salam……saya pelajar perubatan di India.....Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada kalian kerana membuat website ini……….Sangat membantu mereka yang bukan di bidang perubatan……..Ibu saya sering memaklumkan bahawa beliau sentiasa sakit kepala, lemah-lemah badan, muka merah-merah (hot flashes), lenguh-lenguh kaki……Dah banyak kali buat ujian darah dan Hb normal (10.2) mg/dl…..tekanan darah juga normal, selain itu semua normal…..beliau akan mengalami keadaan ini 3-4 kali seminggu……..umur beliau 48, adakah  semua ini simptom2 menopause?

Jawapan

walaikumussalam

terima kasih kepada saudara/I yang bertanya. Semoga sihat hendaknya.

Berdasarkan maklumat /complaint yang saudara/i utarakan, saya ringkaskan maklumat saudari seperti berikut:

 

Data

Maklumat data

Rumusan/perincian

Jantina dan umur

Wanita,48 tahun

Merupakan peringkat umur menopause

Complaint/aduan

Sakit kepala

Lenguh badan dan kaki

Hot flushes

Symptom utama yang dihadapi oleh wanita menopause lebih-lebih lagi pada awal menopause dan semasa transisi menopause

Vital sign

Tekanan darah= baik(data yang diberikan saudaria/itidak lengkap)memandangkan saudara/i juga med student,jadi saya assume your mom’s BP is in normal range (120/80 ataupun 140/90)

Wanita menopause mengalami kekurangan hormone estrogen dalam badan. Hormone ini penting untuk mengawal blood lipid/kuantiti lemak dalam darah. Jika estrogen kurang,maka risiko untuk mendapat darah tinggi(hypertension) seterusnya menyebabkan komplikasi kegagalan jantung amat besar

Test/ujian makmal

Hb(haemoglobin) profile = 10.2 mg/dl

Blood sugar(kandungan gula dalam darah)=normal

(kalau boleh saya inginkan penjelasan lanjut mengenai ‘normal’ yang dimaksudkan saudari-sebutkan dalam julat kuantiti/nombor)

-saudara/i mengatakan bahawa kerap kali melakukan ujian makmal. Apakah ujian itu?Berapa kalikah kekerapan itu? Bila waktu mula-mula buat test?and how’s the result?

Haemoglobin yang normal bagi seorang wanita ialah antara 11-13 mg/dl. Hb ibu saudari sedikit rendah dibandingkan normal. Adakah ibu saudari mengalami anemia sebelum ini?

Ujian untuk mengesan kandungan gula dalam darah disebut sebagai OGTT (oral glucose tolerance test). Terdapat banyak lagi ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kuantiti/tahap kandungan dalam darah seperti mengesan kandungan HbA1c.

Systemic history

CVS/system kardiovaskular= tiada

Respiratory system/system pernafasan=tiada

Analisis dari complaint:

ibu saudara/i mengalami symptom-simptom yang disebutkan sebanyak 3-4 kali seminggu.(amat kerap)

Untuk melengkapkan diagnosis(differential diagnosis),beberapa tambahan soalan untuk saudari:

Tambahan soalan:(doctor biasanya akan bertanyakan soalan-soalan seperti di bawah. Saya highlightkan beberapa perkara penting supaya ‘take note’ apabila berjumpa pakar nanti. )-diingatkan,jadual di bawah sebagai panduan UMUM tentang soalan-soalan yang biasa ditanya,doktor akan bertanya setiap soalan dengan spesifik,juga tambahan soalan-soalan lain yang relevan dengan masalah yang dihidapi pesakit.

Data

Analisis data

Signifikan

Sejarah haid

(menstrual history)

Bilakah haid pertama bermula?

Mengetahui umur baligh(age of menarche)

Adakah kitar haid teratur atau tidak?

Kitar haid regular/teratur jika darah keluar seminggu sebelum atau selepas daripada jangkaan waktu haid

Berapakah  tempoh kitar haid anda?

Kitar haid bermula pada hari pertama kitar haid yang sebelum sehingga hari pertama kitar haid yang seterusnya.

Purata hari sebanyak 28 hari +/- 7 hari.

Jika kurang dari 21 hari,ianya dipanggil polymenorrhea(haid yang kerap)

Jika lebih dari 5 minggu,dipanggil oligomennorhea

Berapa kuantiti darah yang keluar?/berapa pad yang diguna dalam sehari?

-seperi kebiasaan

-terlalu banyak

Inter-menstrual pain?/rasa sakit antara kitar?ada pendarahan?ada discharge/cecair  lain?

Senggugut?

Jika ya,perincikan lagi maklumat berkaitan senggugut. Tahap sakit,jenis sakit,jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan sakit

First day of last menstrual period(LMP)

-exclude kehamilan

-menghitung due date jika hamil

-untuk membuat prosedur  sakit puan seperti biopsy

Obstetric history

(sejarah hamil dan beranak)

Doctor akan bertanya mengenai kehamilan,berapa kali kehamilan?ada komplikasi di setiap kehamilan?

Normal/pembedahan c-section?

Keguguran?

Keadaan anak semasa lahir?

Kaedah pencegahan kehamilan?apakah cara tersebut,masa.komplikasi?

Doktor akan bertanya lanjut tentang data yang disebutkan

Sejarah lampau

(past history)

-kencing manis,darah tinggi

-ada sebarang pembedahan?pembedahan apa?bila?

-jenis ubatan yang diambil untuk mana-mana penyakit?

-sejarah allergi

Sejarah Keluarga

(family history)

-keluarga terdekat yang mengalami symptom yang sama?

-keluarga yang menghidap darah tinggi,kencing manis,osteoporosis

-sejarah kembar

-perkahwinan dengan sepupu/any relatives?

Social history

Ada kemurungan?insomnia?mudah letih?tahap focus pada kerja?tahap seksualiti?

Rumusan saya ialah berdasarkan kepada complain utama ibu saudari mengalami symptom yang lebih berpihak kepada symptom pre-menopause. Cuma, seperti yang saya nyatakan di atas,untuk mencapai diagnosis yang tepat,doctor akan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

-          History taking(mengambil riwayat hidup pesakit secara terperinci)- untuk mengesan symptom-simptom sesuatu penyakit,mencari punca utama(aetiology),mencari sebab komplikasi sesuatu penyakit  dan membuat diagnosis awal berpadukan kaedah ‘exclusion’ of differential diagnosis.

-          Perform physical examination(membuat pemeriksaan fizikal kepada pesakit)-mengesan ‘sign’ /tanda sesuatu penyakit (clinical sign)

-          Perform investigation-order test(ujian makmal,ujian x-ray,CT scan,MRI dan sebagainya)

-          Reach diagnosis

-          Start treatment/rawatan

Apa itu menopause?

sumber: website

Menopause sering menghantui kebanyakan wanita lewat 40an.  menopause merupakan perkara semulajadi yang berlaku kepada semua wanita yang melepasi umur 40-an.

Menopause diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud meno=months/bulan manakala pause=cessation/berhenti

Dalam istilah perubatan,menopause merujuk kepada keadaan selepas wanita itu mengalami putus haid selama setahun.dalam bahasa mudah,menopause dikira sbagai setahun selepas putusnya haid .Tahun-tahun selepas menopause disebut sebagai post-menopause. Keadaan putus haid yang pertama disebut sebagai final menstruation period.

The term menopause refers to a point in time that follows 1 year after the cessation of menstruation

(petikan diambil dari buku teks Williams Gynaecology,Chapter 21)

 

Apakah yang dimaksudkan dengan transisi menopause(menopausal transition)?

Tempoh ketika lewat 40-an dan awal 50-an.(late reproductive years). Symptom bermula dengan putaran kitar haid yang tidak teratur sehingga mencecah setahun selepas putus haid kekal. Dahulu,dikenali sebagai climecteric atau perimenopausal period

refer to the time period in the late reproductive years, usually late 40s to early 50s. Characteristically, it begins with menstrual cycle irregularity and extends to 1 year after permanent cessation of menses

(petikan dari buku teks Williams Gynaecology,Chapter 21)

 

jadi,saya akan menggunakan istilah transisi menopause dalam menghuraikan pertanyaan saudara/i

Apakah penyebab menopause?

Ovary merupakan organ pembiakan bagi wanita. Setiap wanita mempunyai dua ovary. Ovary menghasilkan telur wanita yang dipanggil sebagai ovum. Setiap bulan,wanita akan mengeluarkan satu ovum untuk disenyawakan dengan sperma(telur lelaki). Apabila ovum tidak disenyawakan,ia akan mati dan keluar sebagai darah bersama-sama hasil buangan dinding uterus. Darah ini dikenali sebagai darah haid!

Ovary terdiri daripada cortex dan medulla. Bahagian cortex ovary sangat penting kerana di sini terdapat folikel-folikel yang menghasilkan pelbagai jenis hormone seperti estrogen dan progesterone yang penting untuk pembinaan karakter seks seseorang wanita . folikel utama terhasil disebut sebagai primordial folikel. Terdapat 1.5 million primordial folikel pada bayi perempuan yang baru lahir. Seiring dengan peningkatan umur, jumlah primordial folikel makin berkurang dan mencapai sebanyak 400,000 folikel pada kedua-dua ovary ketika baligh.(puberty).  primordial folikel yang tidak berfungsi akan mati dan menyebabkan jumlahnya smakin berkurang.dan sebanyak 400 folikel sahaja daripada 400,000 folikel yang akan terovulasi!(mengeluarkan satu ovum pada setiap kitar haid)!

Proses pengurangan folikel (follicles atresia) akan berterusan dan apabila wanita itu mencecah usia 30-an- lewat 40-an,proses ini akan berlaku dengan lebih pantas sehingga menyebabkan kesemua folikel telah musnah dan tiada lansung folikel di dalam ovary,apabila keadaan ini berlaku,wanita itu telah mengalami menopause.

Apabila kesemua folikel dalam ovary telah musnah (ovarian senescence), akibatnya hormone estrogen akan berkurang dan menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku pada wanita yang menoupase. Harus diingatkan kembali,menoupase merupakan proses fisiologi wanita yang berlaku secara semulajadi kepada semua wanita yang melepasi usia 40-an. Jadi,kebanyakan perubahan yang berlaku kepada wanita menoupase  ialah perubahan bersifat semulajadi,inshallah,terdapat rawatan yang boleh melegakan symptom-simptom yang dihidapi.

Apakah tanda-tanda seseorang itu mengalami  transisi menopause(menopausal transition)?

  1. kitar haid yang tidak teratur-terlalu pendek atau terlalu panjang
  2. pendarahan yang tidak teratur(irregular bleeding)=terlalu banyak,terlalu sedikit
  3. simptom berkaitan dengan vasomotor

-          Hot flushes =rasa panas di kepala,leher,dada + (flushing)-muka kemerahan. Serangan berakhir selepas 1-3 minit dan berpeluh, Berpeluh pada waktu malam.(night sweats), Insomnia,stress

    4.   Symptom berkaitan psikology

-          Kemurungan

-          Gagal untuk focus

-          Perubahan mood

-          Mudah lupa

    5.  Tahap seksual menurn

    6.  Sakit kepala,pening,lenguh anggota badan,gelisah

    7.  Sakit pada payudara

    8.  Sukar untuk kencing

    9.  Kulit kering dan gatal-gatal

   10. Sembelit,kembung perut,berat badan meningkat

    11.  Vagina menjadi kering dan menyebabkan komplikasi yang lain

    12. Cenderung untuk botak,pertambahan bulu halus di muka

 

Kaedah rawatan

Hormone theraphy- estrogen terapi,setakat ini merupakan rawatan terbaik untuk melegakan hot flushes.

Anti-depressant(low dose),seperti Venlafaxine (Effexor), Fluoxetine(Prozac,Sarafem),paroxetine(Paxil)

Bisphosphonates seperti alendronate(Fosamax), risedronate(Actonel) dan ibandronate (Boniva),semua ubat-ubatan ini digunakan untuk merawat osteoporosis.

Sebenarnya,terdapat banyak lagi jenis rawatan untuk menopause,dan tiada rawatan yang khusus untuk merawat masalah ini. Semua rawatan yang diberikan bergantung kepada keadaan dan tahap masalah yang dihadapi. Selain ubat-ubatan,terdapat juga rawatan alternative yang lain seperti terapi tekanan,untuk mengawal stress yang terlampau ketika menopause,juga ‘support group’ diwujudkan bagi mengelakkan tekanan kepada wanita yang mengalami menopause.

Panduan di bawah berguna untuk melegakan beberapa symptom ketika menopause:

-dapatkan tidur yang mencukupi setiap malam

- banyakkan bersenam

-elakkan stress dengan melakukan aktiviti yang sihat

-makan makanan berkhasiat

-elakkan merokok

-minum air masak (8-10 gelas sehari)

 

Rujukan

Williams Gynaecology Textbook, Mc Graw Hill,2008 printed edition

Campbell,Monga-Gynaecology by TEN TEACHERS

Gynaecology textbook by Prof Dr Mahmud Salem,OB/GYN Department,Faculty of Medicine,Cairo University

Gynaecology Textbook of Department of OB/GYN ,Faculty of Medicine,Cairo University




Another articles:

Powered By relatedArticle

Comments  

 
+4 #2 noor 2011-11-10 09:38
Saya di sah kan pengidap darah tinggi oleh doktor. Saya baru mengambil ubat berkenaan tiba2 darah keluar sedikit pada hal saya baru seminggu kering dari haid saya sebelum ini. Dalam 1 minggu pengambilan saya berjumpa dgn doktor dan doktor menyaran kan saya utk menukar ubat tetapi darah masih berlarutan walaupun sedikit (warna hitam) Saya takut saya pun berhenti menggunakan ubat berkenaan tapi darah masih keluar. sehingga kini sudah 41 hari. Untuk pengetahuan tuan, umur saya 45 tahun. Adakah ini tanda2 monopause. Saya risau sb saya baru kematian suami saya dalam 1 tahun lebih dan kemungkinan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.. harap tuan dapat membantu saya
Quote
 
 
-2 #1 Mohd Faizal bin Nor Azmi 2011-01-04 22:36
complete!
Quote
 

Add comment

Sila tinggalkan sebarang komen membina, terima kasih. Comment from unregistered user will be moderated.


Security code
Refresh